Pajak atau Jual Emas Anda?

“Saya memerlukan duit segera. Adakah saya patut pajak atau jual emas saya?” Soalan seperti ini seringkali pegawai khidmat pelanggan kami terima. Tidak perlu khuatir kerana pegawai khidmat pelanggan di Ar-Rahnu Express bersedia untuk memberikan rundingan dan nasihat terbaik untuk anda.

 

Berbalik kepada persoalan pajak atau jual, menurut pengalaman pegawai khidmat pelanggan kami, perkara ini adalah bergantung kepada keperluan anda sendiri. Jika anda memerlukan modal atau pembiayaan segera untuk sementara waktu, anda boleh cagarkan barangan kemas anda dan memperolehi semula barang cagaran anda selepas tempoh matang iaitu enam (6) bulan atau kurang daripada itu.

 

Antara kelebihan memajak berbanding jual ialah simpanan emas anda tidak akan terjejas kerana anda hanya mencagarkan untuk sementara waktu. Selain itu, Ar-Rahnu Express memberikan margin pinjaman sehingga 75% dan mengikut nilai harga emas semasa.

 

Anda juga hanya akan dikenakan 1% upah simpan daripada nilai barang cagaran. Jika anda memajak di Ar-Rahnu Express, tiada susut nilai emas berlaku walaupun barang anda rosak atau patah. Lihat artikel Kelebihan Memajak di Ar-Rahnu Express

 

Seterusnya, terdapat kelebihan lain jika anda menjual emas simpanan atau perhiasaan anda. Antaranya ialah anda akan memperolehi 100% margin daripada jualan barangan kemas anda mengikut harga emas semasa.

 

Selain daripada itu, anda juga tidak akan terikat dengan komitmen kerana anda akan terus mendapat wang dengan serta merta. Jika anda menjual pada harga emas semasa yang tinggi, anda akan dapat menikmati keuntungan melebihi harga pajakan.

 

Tambahan, jika barangan kemas anda terutama sekali barangan kemas perhiasan anda yang rosak, patah atau lama, anda boleh sahaja menjual di Ar-Rahnu Express kerana kami dengan kerjasama dari pihak Koperasi HABIB Jewels Malaysia Berhad menerima segala jenis mutu emas untuk dibeli. Lihat artikel 6 Mutu Emas Yang Anda Perlu Tahu

 

Untuk mendapatkan nasihat dan rundingan dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi cawangan kami yang berdekatan atau tekan WhatsApp di bawah untuk membuat janji temu bersama pegawai khidmat pelanggan kami secara maya.

 

Pajak Jual
75% margin mengikut harga emas semasa dan 1% upah simpan mengikut harga marhun (barang cagaran) 100% margin mengikut harga emas semasa
Simpanan emas tidak terjejas Dapat menambah aset emas yang baru
Komitmen pembayaran yang fleksibel Tiada komitmen
Perbezaan Pajak dan Jual
Published
Categorized as Blog

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *