PROFIL AR-RAHNU EXPRESS
Perkhidmatan Ar-Rahnu Express
Ar-Rahnu Express menawarkan skim pembiayaan mikro berteraskan Syariah Islam yang bebas riba, adil dan tidak membebankan. Dengan margin pembiayaan yang tinggi sehingga 75% dan kadar upah simpan serendah 1%, kami yakin ianya mampu mengurangkan tekanan kewangan anda. Kami juga menawarkan kaedah pembayaran semula yang mudah dan fleksibel.
Ar-Rahnu Express menerima semua jenis emas termasuk emas yang rosak, barangan kemas berbatu permata, jongkong emas, dinar dan juga barangan berlian. Berpengalaman luas di dalam industri emas dan kepakaran dalam menilai berlian menjadikan Ar-Rahnu Express satu-satunya Ar-Rahnu yang mampu menawarkan nilai kepada barangan kemas berlian anda. Kami juga menawarkan pelbagai perkhidmatan secara percuma seperti cucian emas, penilaian barangan kemas serta kiraan zakat emas.
Latar Belakang Ar-Rahnu Express
Bermula pada April 2010, Ar-Rahnu Express terus berkembang maju selama hampir sedekad di dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. Sehingga hari ini, Ar-Rahnu Express telah berdiri teguh dengan 8 cawangan di semenanjung Malaysia. Sebagai anak syarikat dibawah Kumpulan Habib, Ar-Rahnu Express tekad dalam memberikan kemudahan mikro-kredit yang fleksibel dan mudah untuk pelanggan.
FAHAMI SISTEM PAJAK GADAI ISLAM
Definisi Ar-Rahnu
- Ar-Rahnu, yang juga dikenali sebagai Al-Rahn berasal daripada kata perbuatan rahana yang bermaksud ‘menggadaikan’
- Al-Rahn merupakan satu akad atau kontrak muamalat yang diharuskan oleh syarak
- Perkataan gadai bermaksud pembiayaan wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh yang tertentu
- Pembangunan Ar-Rahnu di Malaysia memberi perkhidmatan pajak gadai alternatif bagi pembiaya, di mana ia selaras dengan prinsip-prinsip Syariah Islam
Mekanisme Ar-Rahnu di Malaysia
- Hanya emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas boleh digadaikan
- Bukan hanya khusus untuk umat Islam malah untuk semua lapisan masyarakat dan juga warga asing
- Tempoh pembiayaan adalah antara 1-6 bulan
- Bayaran balik secara ansuran bulanan atau sekaligus di penghujung tarikh matang
- Margin pembiayaan bermula dari minimum RM 100 sehingga 75% dari nilai marhun (nilai barang gadaian)
- Jika gagal membayar balik pembiayaan, barang gadaian akan dilelong dan lebihan tunai dari lelongan akan dikembalikan
- Ar-Rahnu juga adalah bebas daripada sebarang unsur riba dan gharar
- Bayaran balik adalah berasaskan pembiayaan dan upah simpan pada sebelum tarikh matang dalam Surat Akuan Gadaian (SAG)
Rukun Gadaian Ar-Rahnu
- Penggadai atau orang yang menggadai (iaitu orang yang menerima pembiayaan)
- Penerima gadaian atau pemegang gadai (iaitu pihak yang memberi pembiayaan)
- Barang gadaian (iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pembiayaan)
- Tanggungan gadaian (iaitu jumlah pembiayaan)
- Sighah atau perjanjian (iaitu perjanjian berkaitan pembiayaan/gadaian)
Kelebihan Konsep Ar-Rahnu
Dibandingkan dengan kedai-kedai pajak gadai konvensional dan pembiayaan peribadi tidak bercagar, konsep Ar-Rahnu mempunyai kelebihan tertentu:
- Tidak mengenakan kadar faedah (unsur riba)
- Nilai gadaian tidak merosot
- Wang lebihan gadaian dipulangkan
- Barang kemas yang disimpan selamat
- Caj perkhidmatan yang rendah
- Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan
- Tempoh bayaran balik yang munasabah
- Pemberian notis kepada penggadai tentang lelongan
- Memberi nilai gadaian yang sepatutnya