6 Mutu Emas Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda, mutu emas dalam sesuatu barangan kemas adalah berbeza beza mengikut nilai peratusan emas?

 

Mari kita kenali apakah yang dimaksudkan dengan mutu emas dan berapakah peratusan di dalam setiap mutu-mutu emas yang dinyatakan.

 

#1 Mutu Emas 999
Mutu emas ini merupakan mutu emas yang mempunyai nilai peratusan emas yang tertinggi iaitu sebanyak 99.99% emas tulen dan hanya 0.1% bendasing. Mutu emas ini bersifat lembut dan tidak sesuai untuk dijadikan perhiasaan.

 

Mutu emas ini merupakan mutu emas yang mempunyai nilai peratusan emas yang tertinggi iaitu sebanyak 99.99% emas tulen dan hanya 0.1% bendasing. Ia juga dikenali sebagai Emas 10 atau Emas 24 Karat (24K). Jenis mutu ini lebih banyak dijadikan sebagai jongkong emas.

 

#2 Mutu Emas 916
Peratusan emas pada mutu ini adalah sebanyak 91.6% emas tulen + 8.4% bendasing (tembaga, besi, nikel atau perak).

 

Mutu emas ini paling sesuai dijadikan barang perhiasaan tidak berbatu seperti gelang tangan, rantai leher dan cincin kerana ianya mudah dibentuk. Ia turut dikenali sebagai emas 917 dan Emas 22 karat (22K).

 

#3 Mutu Emas 835
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 83.5% + 16.5 campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 20K. Sesuai untuk membentuk barangan perhiasan yang berbatu.

 

#4 Mutu Emas 750
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 75% + 25% campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 18K. Paling terkenal sebagai mutu emas yang mempunyai rekaan-rekaan unik.

 

#5 Mutu Emas 585
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 58.5% + 41.5% campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 14K. Sesuai untuk membentuk barangan perhiasan yang berbatu.

 

#6 Mutu Emas 375
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 37.5% dan campuran bendasing paling tertinggi berbanding mutu emas yang lain iaitu 62.47%. Turut dikenali sebagai emas suasa atau emas 9K.

 

Untuk mengenal pasti ketulenan dan mutu emas anda, kunjungi cawangan kami yang berdekatan dengan kawasan anda. Kami mempunyai lapan (8) cawangan hampir di seluruh Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan menguji ketulenan dan mutu barang kemas secara percuma di semua cawangan.

 

Baca artikel ini 5 Tip Mencuci Emas untuk mengetahui tip-tip mencuci emas di rumah anda.

3 thoughts on “6 Mutu Emas Yang Anda Perlu Tahu”

  1. Pingback: 5 Teknik Mudah Kenali Emas Tulen - Ar-Rahnu Express

  2. Pingback: Pajak atau Jual Emas Anda? - Ar-Rahnu Express

  3. Pingback: Beza Emas Hollow dan Emas Padu - Ar-Rahnu Express

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?