Kenapa Perlu Simpan Emas?

Kenapa perlu simpan emas?
Kenapa Perlu Simpan Emas?

Kenapa perlu simpan emas? Tahukah anda emas adalah aset berharga yang bertindak sebagai simpanan untuk pelaburan? Ya, emas mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi kebaikan buat kita untuk jangka masa panjang.

 

Sifat dan nilai emas tidak sama seperti nilai mata wang. Berbanding emas, wang adalah sesuatu yang sukar untuk disimpan kerana sering akan ‘bocor’. Menurut kajian Bank Negara pada Ogos 2020, 75% daripada penduduk Malaysia tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM 1,000. Oleh itu, menyimpan emas amatlah digalakkan berbanding menyimpan wang.

 

1. Kecemasan

Antara kelebihan menyimpan emas ialah kerana emas berfungsi sebagai bekalan kecemasan untuk ketidakpastian atau ketidakstabilan mata wang di masa hadapan. Sebagai contoh kini dunia sedang dilanda pandemik COVID-19 dan emas berfungsi sebagai pelindung daripada kejatuhan nilai mata wang.

 

2. Pendidikan

Selain itu, simpanan emas juga boleh digunakan untuk simpanan pelajaran anak-anak pada masa hadapan. Jika kita menyimpan emas untuk simpanan pendidikan, kita tidak perlu untuk membuat pinjaman pelajaran dan menambah beban hutang yang tidak sepatutnya.

 

Simpan Emas Untuk Pendidikan
Simpan Emas Untuk Pendidikan

3. Modal Perniagaan

Seterusnya, mengapa kita perlu simpan emas juga adalah kerana kita boleh menggunakan simpanan emas dijadikan modal perniagaan kelak. Jika kita berminat untuk memulakan perniagaan, kita tidak perlu untuk membuat pinjaman kerana kita boleh menggunakan simpanan emas yang kita ada untuk mendapatkan modal perniagaan.

 

Simpan Emas Untuk Modal Perniagaan
Simpan Emas Untuk Modal Perniagaan

4. Kesihatan

Selain daripada pendidikan dan modal perniagaan, simpanan emas juga akan bermanfaat untuk kegunaan kesihatan. Bil-bil hospital dan klinik tidak murah dan akan meningkat dari masa ke masa namun dengan simpanan emas, kita tidak perlu risau untuk kegunaan kesihatan di masa hadapan.

 

Simpan Emas Untuk Kesihatan
Simpan Emas Untuk Kesihatan

5. Pelaburan jangka masa panjang dan mudah dicairkan

Simpanan emas lebih bermanfaat dan memberi lebih banyak kelebihan untuk jangka masa panjang berbanding simpanan wang kerana emas amat mudah untuk dicairkan. Di Ar-Rahnu Express, kami menerima segala jenis mutu emas sebagai cagaran untuk pembiayaan sementara anda. Anda boleh baca Kelebihan Memajak di Ar-Rahnu Express dan Dapatkan Modal Perniagaan di Ar-Rahnu Express untuk mengetahui kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh kami.

 

Anda juga boleh hubungi atau kunjungi kami di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. Ar-Rahnu Express mempunyai 8 cawangan hampir di seluruh Semenanjung Malaysia dan kami beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum terpilih.

 

Rujukan: Kosmo. 2020. 75 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan RM 1000.

Published
Categorized as Blog

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *