Polisi Perlindungan Data Peribadi

Pajak Gadai Express Sdn Bhd, Al Amin Ar Rahnu Sdn Bhd, Star Diamond & Gems Sdn Bhd dan syarikat induk, syarikat bersekutu, syarikat subsidiari atau syarikat berkaitan (“Ar-Rahnu Express”), menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Polisi Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 beserta sebarang pindaan dan peraturan subsidiarinya yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

1. Pengumpulan Data Peribadi

Sewaktu anda berurusan dengan Ar-Rahnu Express, kami mungkin telah atau akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda, organisasi anda, pekerjaan anda, atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan (“Data Peribadi”) bagi membolehkan kami untuk menjalankan urus niaga komersial dengan anda atau untuk menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk dan/atau barangan penghantaran berhubung dengan perniagaan kami. Data peribadi ini adalah relevan bagi kami khususnya untuk proses perniagaan, pelaksanaan termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan untuk produk pada masa hadapan, pelancaran produk baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan rakan kongsi perniagaan dalam lingkungan perniagaan kami.

2. Kandungan Data Peribadi Yang Dikumpulkan

Data Peribadi yang dikumpulkan mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang lain yang seumpamanya dan mungkin merangkumi dan tidak terhad kepada maklumat tentang nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor passport,  jantina, bangsa, maklumat untuk dihubungi, alamat e-mel, alamat tempat tinggal atau alamat surat menyurat, nombor telefon atau kaedah komunikasi yang menjadi pilihan, data biometrik serta rakaman CCTV, foto atau video yang diperoleh di premis, maklumat kad kredit, nama bank dan lain-lain maklumat bank yang penting dan dibenarkan oleh undang-undang.

 

3. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang telah atau akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami bagi satu atau lebih tujuan berikut:

  • penyampaian notis, perkhidmatan, produk atau barangan penghantaran kepada anda dan untuk tujuan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan;
  • untuk anda memasuki sebarang perjanjian dan/atau kontrak untuk membeli produk dan/atau perkhidmatan dari kami;
  • untuk tujuan pengesahan identiti;
  • penjagaan dan penyelenggaraan rekod dan perkembangan pelanggan;
  • untuk memudahkan pembayaran produk dan perkhidmatan kami;
  • tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi kami;
  • menjalankan aktiviti pemasaran dan pemprofilan pelanggan berhubung dengan produk, projek dan/ atau perkhidmatan terbaru kami;
  • penilaian kredit dan semakan kewangan dan latar belakang lain sepertimana dianggap perlu atau sesuai;
  • penyimpanan rekod dalaman kami;
  • mengawal dan mencegah jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah);
  • memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang berkaitan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkaitan dengan kami atau mana-mana ahli syarikat-syarikat kumpulan kami;
  • membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, pos biasa, kaedah telekomunikasi yang lain (panggilan telefon, pesanan SMS atau media sosial) atau media sosial internet tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan/atau melalui kerjasama kami dengan pihak ketiga
  • penyusunan, ubahsuai, penyimpanan, khidmat pelanggan, dan/atau perkhidmatan lain yang berkenaan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • mana-mana transaksi komersial lanjutan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami.
  • Untuk mengekalkan rekod bagi tujuan analisis maklumat serta demografi pelanggan selaras dengan keperluan kami atau mana-mana syarikat-syarikat kumpulan kami.
  • tujuan pengurusan keselamatan premis, termasuk pemantauan melalui CCTV dan kawalan akses biometrik.
  • pemantauan, audit, dan pematuhan dalaman bagi memastikan kepatuhan kepada undang-undang anti-pengubahan wang haram (AML/CFT).

Jika anda ingin kami menghentikan penghantaran bahan promosi dan/atau pemasaran kepada anda pada bila-bila masa, sila hantarkan kami e-mel atau surat ke alamat yang dinyatakan di Klausa 11.

4. Sumber Data Peribadi

Data Peribadi yang telah atau akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami adalah melalui sumber yang sah dan telus seperti yang dinyatakan tetapi tidak terhad kepada:

  • perjanjian dan kontrak gadaian, jual beli emas serta komoditi , atau perkhidmatan kami;
  • biometrik yang diberikan secara langsung oleh pelanggan di cawangan Ar-Rahnu Express
  • (sama ada eletronik atau cetakan) untuk pelancaran produk baru atau semasa pameran produk bergerak, pameran, atau aktiviti promosi lain;
  • permintaan secara rasmi untuk borang informasi yang diberikan kepada anda oleh kakitangan kami;
  • e-mel atau surat menyurat yang kami terima daripada anda meminta informasi atau membuat sebarang pertanyaan;
  • borang yang telah anda serahkan ke laman web kami atau mana-mana laman web yang dikontrakkan oleh kami;
  • rujukan yang diterima daripada seseorang yang merangkumi pengesahan maklumat hubungan peribadi mereka;
  • apabila anda mendaftar untuk mendapatkan buletin syarikat kami dan/atau promosi bercetak kami;
  • kad perniagaan yang ditinggalkan atau diserahkan kepada kakitangan kami atau syarikat bersekutu;
  • dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada borang berkanun dan hasil) yang diserahkan kepada kami untuk diproses;
  • sumber-sumber lain contohnya dari agensi pelaporan/rujukan kredit termasuk tetapi tidak terhad kepada CTOS atau pihak berkuasa lain;
  • penggunaan “cookies” semasa kunjungan anda ke laman web kami, di mana sebahagian kecil informasi yang disimpan secara automatik di dalam komputer pengunjung web boleh diekstrak oleh laman ini. Sekiranya anda ingin menutup aplikasi “cookies” ini, anda boleh berbuat demikian dengan menukar tetapan pada “browser” anda. Walau bagaimanapun, dengan menutup aplikasi tersebut, anda mungkin tidak dapat menggunakan kesemua kelebihan laman web kami. Dalam sesetengah situasi, anda mungkin tidak dapat memasuki laman web kami sekiranya aplikasi “cookies” ditutup.

Kami tidak akan sesekali membeli atau memperolehi Data Peribadi secara komersil melalui transaksi pembelian atau perdagangan pengkalan Data Peribadi dan senarai yang tidak sah dengan apa cara sekali pun.

5. Hak Akses dan Pembetulan

Anda berhak untuk meminta akses dan sekiranya perlu, pembetulan maklumat Data Peribadi anda di dalam rekod kami. Anda berhak untuk:

  • meminta akses ke atas Data Peribadi anda di dalam rekod kami untuk tujuan pengesahan. Anda boleh mengakses dan menyemak kembali sendiri semua Data Peribadi anda yang disimpan di cawangan yang anda berurusan selama ini;
  • meminta pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi anda di dalam rekod kami sekiranya maklumat tersebut tidak tepat, terpesong, tidak terkini atau lengkap semasa pengesahan dengan mengemaskini maklumat terkini anda di cawangan yang anda berurusan selama ini atau secara emel dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi;
  • meminta supaya Data Peribadi anda hanya disimpan untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpul;
  • meminta bukti polisi dan prosedur yang berkaitan dengan jaminan keselamatan Data Peribadi anda di dalam rekod kami;
  • meminta kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedur yang berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;
  • memaklumkan bantahan anda terhadap penggunaan Data Peribadi bagi tujuan pemasaran secara peribadi di cawangan yang anda berurusan selama ini, dimana kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini;
  • menarik balik kebenaran yang telah diberi, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, dengan mengunjungi secara sendiri di cawangan yang anda berurusan selama ini. Setiap kes adalah tertakluk kepada sebarang syarat undang-undang yang berkaitan, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah;
  • kami dengan usaha yang munasabah akan memberikan anda salinan maklumat Data Peribadi yang dipohon dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lengkap bertulis dari anda bersama bayaran yuran pemprosesan di pejabat korporat kami seperti yang tertera di Klausa 11;

6. Pendedahan Data Peribadi

Maklumat yang kami kumpulkan tidak dijual, diberi atau dikongsi dengan organisasi lain untuk tujuan komersial atau lain-lain tujuan. Semua bahan pemasaran, surat menyurat, pengiklanan dan/atau buletin akan dihantar kepada anda secara terus dari Ar-Rahnu Express dan tidak akan disimpan, tertakluk kepada maklumbalas terus anda kepada pengiklan.

Data Peribadi yang diberikan kepada kami akan disimpan secara sulit dan anda dengan ini, mengizinkan dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak berikut:

  • mana-mana syarikat yang berkaitan dan/atau subsidiari Ar-Rahnu Express, termasuk yang akan diperbadankan di masa hadapan;
  • rakan kongsi perniagaan dan sekutu kami yang menawarkan perkhidmatan atau produk sebagai mana yang dianggap perlu atau sesuai berkaitan dengan perniagaan kami;
  • auditor, perunding, peguam, akauntan kami atau lain-lain penasihat kewangan atau professional yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami;
  • pihak ketiga kami yang memberikan perkhidmatan pengurusan syarikat, sub-kontraktor atau lain-lain pihak yang kami anggap sesuai atau perlu untuk memudahkan urusan anda dengan kami; dan
  • pembekal perkhidmatan yang dianggap perlu atau sesuai yang kami lantik berkaitan dengan program kesetiaan bagi tujuan penghantaran penebusan hadiah dan perkhidmatan.

Data Peribadi anda mungkin akan didedahkan tanpa kebenaran anda jika pendedahan itu diperlukan bagi tujuan menghalang atau mengesan sesuatu jenayah, atau untuk tujuan penyiasatan atau apa-apa tujuan yang diperlukan atau diberikuasa di bawah mana-mana undang-undang atau dengan perintah Mahkamah.

Pihak ketiga yang dilantik oleh kami dan diberi tugas memproses Data Peribadi anda secara sah selaras dengan prinsip data sulit yang dinyatakan oleh Ar-Rahnu Express. Pihak ketiga juga bertanggungjawab untuk menjamin Data Peribadi anda pada tahap keselamatan yang sesuai berhubung dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan piawaian industri yang diterima secara meluas.

Data Peribadi anda akan disimpan hanya selama mana perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulannya atau sebagaimana diperlukan di bawah undang-undang yang berkaitan. Setelah itu, data tersebut akan dipadamkan atau dianonimkan secara selamat

7. Pilihan Untuk Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami akan diproses bila diperlukan atau apabila menjalankan penyenggaraan berjadual. Definisi “pemprosesan” ditakrifkan sebagai “mengumpul, merakam, memegang atau menyimpan Data Peribadi atau menjalankan sebarang operasi atau set operasi ke atas data peribadi, termasuk pengorganisasian, penyesuaian atau pengubahsuaian data peribadi, mendapatkan semula, perundingan atau penggunaan Data Peribadi, pendedahan Data Peribadi melalui transmisi, pemindahan, penyebaran atau sebaliknya tersedia atau pengaturan, kombinasi, pembetulan, pemindahan atau pemusnahan Data Peribadi”

Anda berhak menghadkan sebahagian atau keseluruhan mana-mana proses yang melibatkan Data Peribadi anda untuk operasi yang dibenarkan ke atasnya, untuk tempoh masa dimana diberikan, dengan tempoh notis yang munasabah dari anda.

Tanggungjawab pematuhan adalah terletak pada Ar-Rahnu Express yang menentukan tujuan dan maksud pemprosesan Data Peribadi itu.

Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran keselamatan data peribadi yang menjejaskan hak dan kepentingan anda, Ar-Rahnu Express akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa yang berkenaan mengikut keperluan undang-undang

8. Kesan Keengganan / Kegagalan Memberikan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah secara keseluruhannya bersifat sukarela dan anda tidak ada sebarang kewajipan atau dibawah apa-apa paksaan untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, dalam situasi yang tertentu, untuk melengkapkan suatu transaksi komersial, kami memerlukan maklumat peribadi dan informasi tertentu terlebih dahulu.

Kegagalan memberikan Data Peribadi mungkin akan mengakibatkan yang berikut di mana kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa akibat yang timbul daripadanya:

  • Ketidakupayaan pihak untuk melaksanakan transaksi gadaian, jualan, kontrak dan/atau perjanjian berhubung dengan jualan produk dan/atau penyediaan perkhidmatan kami;
  • Ketidakupayaan kami untuk memberikan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta;
  • Ketidakupayaan kami untuk memaklumkan kepada anda tentang produk terkini, perkhidmatan dan/atau sebarang pelancaran;

9. Perlindungan Data Peribadi

Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses dengan cara yang selamat. Pentadbiran dan perlindungan keselamatan yang sesuai, polisi dan prosedur akan dilaksanakan selagi bersesuaian, selaras dengan undang- undang dan peraturan yang berkaitan. Kami akan, selagi bersesuaian, memastikan untuk menghalang sebarang pemprosesan yang tidak benarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan,kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan ke atas Data Peribadi anda.

Ar-Rahnu Express komited mengambil langkah secara teknikal, fizikal dan organisasi yang bersesuaian untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, pemprosesan yang menyalahi undang-undang, kerugian dan kerosakan yang tidak disengajakan, dan pemusnahan tanpa kebenaran ke atas Data Peribadi anda.

Untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran oleh pihak ketiga yang tidak berkuasa selain daripada Ar-Rahnu Express, semua Data Peribadi yang disimpan secara elektronik yang dimiliki Ar-Rahnu Express dikekalkan pada sistem yang dilindungi oleh rangkaian yang selamat. Entiti Ar-Rahnu Express menghadkan akses kepada sistem dalaman yang menyimpan Data Peribadi kepada kumpulan pengguna yang diberi kuasa yang diberi akses kepada sistem tersebut melalui penggunaan identiti dan kata laluan yang unik. Akses kepada data sulit adalah terhad dan diberikan hanya kepada pengguna yang berkenaan untuk tujuan melaksanakan tugas rasmi mereka.

Pematuhan kepada peruntukan akan diperlukan dari pentadbir pihak ketiga yang akan mengakses Data Peribadi anda, seperti dinyatakan di dalam “Pendedahan Data Peribadi” di Klausa 6 di atas.

10. Bahasa

Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Polisi ini dikeluarkan dalam bentuk dwibahasa, iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara kedua versi polisi,versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

11. Pilihan Peribadi Anda Dan Cara Untuk Menghubungi Kami:

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan tentang polisi ini atau berkaitan penyalahgunaan Data Peribadi yang disyaki, anda boleh menghubungi:

(a) Pegawai Perlindungan Data
Nama: Mr Saad Bin Khaliq
E-mel: info@ar-rahnu.com.my / saad.khaliq@habibjewels.com
No. Telefon: 03-4252 7777 ext. 275

(b) Atau tulis kepada kami di alamat berikut:
Bahagian Khidmat Pelanggan
Pejabat Urusan Ar-Rahnu Express
103, Lorong Mamanda 2,
Taman Dato Ahmad Razali, Ampang Point,
68000, Ampang, Selangor.

12. Penukaran Polisi

Ar-Rahnu Express merizabkan hak untuk meminda Polisi ini pada bila-bila masa. Jika Polisi Perlindungan Data Peribadi ini diubah, ia akan dilampirkan di laman web kami dan/atau disampaikan kepada anda melalui lain-lain cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh kami.

13. Pemindahan dan Perkongsian Data

Data Peribadi anda mungkin akan disimpan dan dipindahkan ke perkhidmatan pihak ketiga atau penyedia produk, serta kepada lokasi dan / atau sistem dalam atau luar Malaysia yang tertakluk kepada tahap kawalan yang sesuai terhadap keselamatan maklumat anda.

Dikemaskini pada  Ogos 2025


Personal Data Protection Policy

Pajak Gadai Express Sdn Bhd, Al Amin Ar Rahnu Sdn Bhd, Star Diamond & Gems Sdn Bhd, and their parent, affiliated, subsidiary, or related companies (“Ar-Rahnu Express”) respect and are committed to protecting your personal information and privacy. This Personal Data Protection Policy explains how we collect and manage your personal information in accordance with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010, which came into force on 15 November 2013, together with any amendments and subsidiary legislation enforced from time to time.

 

1.Collection of Personal Data

When dealing with Ar-Rahnu Express, we may have requested or will request that you provide data and information about yourself, your organisation, your employment, or any relevant third parties (“Personal Data”) in order for us to conduct commercial transactions with you, or to deliver notices, services and/or products and/or deliveries relating to our business. This Personal Data is relevant to us particularly for business processes, implementation including notices, services and/or products, customer relationship management, product planning, new product launches, and events including promotional events with business partners within our business scope.

2. Types of Personal Data Collected

The Personal Data collected may be subject to data protection, privacy, and other applicable laws, and may include but is not limited to name, date of birth, identification card number, passport number, gender, race,contact details, email address, residential or mailing address, next-of-kin details (spouse or children), phone number or preferred communication methods, biometric data, CCTV recordings, photos or videos obtained at premises, credit card information, bank name and other essential banking details permitted by law.

3. Purpose of Collecting Personal Data

Personal Data collected, processed, and used by us may serve one or more of the following purposes:

  • delivering notices, services, products or shipments, including marketing of current or future services or products;
  • entering into agreements and/or contracts for the purchase of products and/or services;
  • identity verification;
  • maintaining and updating customer records;
  • facilitating payments for our products and services;
  • fulfilling specific purposes provided in any particular service or product offered by us or our partners;
  • marketing activities and customer profiling relating to our latest products, projects, and/or services;
  • credit assessments, financial checks, and other background verifications as deemed necessary;
  • maintaining internal records;
  • crime prevention and detection (including fraud, money laundering, and corruption);
  • complying with legal or regulatory requirements relating to our services and products, including disclosures under applicable laws, regulations, court orders, by-laws, guidelines, circulars, or codes relevant to us or our group companies;
  • sending information to you via email, regular mail, telecommunications (phone calls, SMS, or social media), or internet platforms regarding products and services offered by us and/or through collaborations with third parties;
  • organisation, modification, storage, customer service, and/or other services relating to our products and/or services;
  • extended commercial transactions relating to our products and/or services;
  • maintaining records for analysis and customer demographics in line with our business needs;
  • premises security management, including CCTV monitoring and biometric access controls;
  • monitoring, auditing, and compliance to ensure adherence to anti-money laundering and counter-financing of terrorism (AML/CFT) laws.

If you wish for us to stop sending promotional and/or marketing materials to you at any time, you may email or write to us at the address stated in Clause 11.

4. Sources of Personal Data

Personal Data collected, processed, and used by us originates from lawful and transparent sources, including but not limited to:

  • pawn agreements, gold and commodity purchase agreements, or our services;
  • biometric information provided directly by customers at Ar-Rahnu Express branches;
  • official documents (electronic or printed) at new product launches, exhibitions, or promotional activities;
  • formal requests for information forms provided by our staff;
  • emails or correspondence we receive from you requesting information or making inquiries;
  • forms submitted on our website or contracted websites;
  • references received from individuals verifying personal contact details;
  • registration for company newsletters and/or printed promotions;
  • business cards given to or left with our staff or affiliates;
  • documents (including statutory forms and returns) submitted to us for processing;
  • sources such as credit reporting/reference agencies including CTOS or other authorities;
  • the use of “cookies” during your visit to our website, whereby a small portion of information automatically stored in the visitor’s computer may be extracted by this site. If you wish to disable this “cookies” application, you may do so by changing the settings on your browser. However, by disabling this application, you may not be able to utilise all the features of our website. In certain situations, you may also be unable to access our website if the “cookies” application is disabled.

We will never purchase or obtain Personal Data commercially through unlawful databases or trading of personal data lists.

5. Rights of Access and Correction

You have the right to request access to, and if necessary, correction of your Personal Data contained in our records. You are entitled to:

  • request access to your Personal Data in our records for verification purposes. You may access and review all your Personal Data stored at the branch where you have been dealing with us;
  • request corrections to your Personal Data in our records if the information is inaccurate, misleading, outdated, or incomplete during verification, by updating your latest information at the branch where you have been dealing with us or via email by contacting the Personal Data Protection Officer;
  • request that your Personal Data be retained only for the purpose for which it was collected;
  • request proof of policies and procedures relating to the security assurance of your Personal Data in our records;
  • request us to state or explain the policies and procedures relating to the data and types of Personal Data handled by us;
  • notify your objection to the use of your Personal Data for marketing purposes personally at the branch where you have been dealing with us, in which case we will not use your Personal Data for this purpose;
  • withdraw consent previously given, whether in full or in part, by visiting the branch where you have been dealing with us. Each case shall be subject to applicable legal requirements, contractual terms, and a reasonable period of time;
  • We will use reasonable efforts to provide you with a copy of the requested personal information within thirty (30) working days of receiving your duly completed written request with the specified processing fee forwarded to our corporate offices located at the address given in Clause 11 below;

6. Disclosure of Personal Data

The information we collect is not sold, given, or shared with other organisations for commercial or any other purposes. All marketing materials, correspondence, advertisements, and/or bulletins will be sent to you directly from Ar-Rahnu Express and will not be retained, subject only to your direct feedback to the advertiser.

The Personal Data provided to us will be kept confidential, and you hereby authorise and consent to us disclosing your Personal Data to the following parties:

  • any related companies and/or subsidiaries of Ar-Rahnu Express, including those to be incorporated in the future;
  • our business partners and affiliates offering services or products deemed necessary or appropriate in connection with our business;
  • our auditors, consultants, lawyers, accountants, or other appointed financial or professional advisers in relation to our business;
  • our third parties providing corporate management services, subcontractors, or other parties we deem suitable or necessary to facilitate your dealings with us; and
  • service providers deemed necessary or appropriate appointed by us in relation to loyalty programmes for the purpose of delivering gift redemptions and services.

Your Personal Data may also be disclosed without your consent if such disclosure is required for the purpose of preventing or detecting a crime, for investigation, or for any purpose required or authorised under any law or by a court order.

Third parties appointed by us and entrusted with processing your Personal Data are legally bound to comply with the confidentiality principles set out by Ar-Rahnu Express. Such third parties are also responsible for ensuring that your Personal Data is protected at an appropriate level of security in accordance with applicable data protection laws and widely accepted industry standards.

Your Personal Data will be retained only for as long as necessary to fulfil the purposes for which it was collected, or as required under applicable laws. Thereafter, such data will be securely deleted or anonymised.

7. Choice to Limit Processing

The Personal Data provided to us will be processed when necessary or during scheduled maintenance. The definition of “processing” is “collecting, recording, holding, or storing Personal Data, or carrying out any operation or set of operations on Personal Data, including the organisation, adaptation, or alteration of Personal Data, retrieval, consultation, or use of Personal Data, disclosure of Personal Data by transmission, transfer, dissemination, or otherwise making available, as well as alignment, combination, correction, transfer, or destruction of Personal Data.”

You have the right to restrict, in whole or in part, any processing involving your Personal Data for authorised operations, for a given period of time, by providing us with reasonable notice.

The responsibility for compliance lies with Ar-Rahnu Express, which determines the purposes and means of processing such Personal Data.

In the event of any personal data security breach affecting your rights and interests, Ar-Rahnu Express will notify you and the relevant authorities as required by law.

8. Consequences of Refusal to Provide Personal Data

The provision of Personal Data to us is entirely voluntary, and you are under no obligation or compulsion to do so. However, in certain situations, in order to complete a commercial transaction, we require specific personal data and information in advance.

Failure to provide such Personal Data may result in the following consequences, for which we shall not be held responsible:

  • the inability of the parties to carry out pawn, sales, contracts, and/or agreements relating to the sale of products and/or the provision of our services;
  • our inability to provide the requested notices, services, and/or products;
  • our inability to inform you of the latest products, services, and/or any launches.

9. Personal Data Protection

Your Personal Data will be stored and processed securely. Appropriate administrative and security safeguards, policies, and procedures will be implemented, where relevant, in accordance with applicable laws and regulations. We will, where appropriate, take measures to prevent any unauthorised or unlawful processing and to avoid accidental loss, destruction, or damage to your Personal Data.

Ar-Rahnu Express is committed to taking appropriate technical, physical, and organisational measures to protect your Personal Data against unauthorised access, unlawful processing, accidental loss or damage, and unauthorised destruction.

To protect your Personal Data from unauthorised access by third parties other than Ar-Rahnu Express, all electronically stored Personal Data held by Ar-Rahnu Express is maintained on systems protected by secure networks. Ar-Rahnu Express entities limit access to internal systems that store Personal Data to authorised groups of users, who are granted access to such systems through the use of unique identities and passwords. Access to confidential data is restricted and is granted only to relevant users for the purpose of carrying out their official duties.

Compliance with these provisions will also be required from third-party administrators who are granted access to your Personal Data, as stated in “Disclosure of Personal Data” in Clause 6 above.

10. Language

This Policy is issued bilingually in Malay and English pursuant to Section 7(3) of the PDPA 2010. In case of discrepancy, the English version shall prevail.

11. Your Options & Contact Information

If you have complaints or questions, please contact:

Data Protection Officer
Mr. Saad Bin Khaliq
Email: info@ar-rahnu.com.my / saad.khaliq@habibjewels.com
Tel: 03-4252 7777 ext. 275

Or write to:
Customer Service Department
Ar-Rahnu Express Office
103, Lorong Mamanda 2,
Taman Dato Ahmad Razali, Ampang Point,
68000 Ampang, Selangor.

12. Policy Changes

Ar-Rahnu Express reserves the right to amend this Policy at any time. Updates will be published on our website or communicated via other suitable means.

13. Transfer & Sharing of Data

Your Personal Data may be stored or transferred to third-party service providers or product suppliers, including to locations and/or systems within or outside Malaysia, subject to adequate information security controls.

Last updated: August 2025

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top