Bagaimanakah Proses Pajakan di Ar-Rahnu Express?
![](https://arrahnuexpress.com/wp-content/uploads/2022/09/Untitled-Session1573-1024x683.jpg)
1
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan individu untuk membuat pajakan adalah seperti berikut:
- Warganegara berumur 18 tahun ke atas & permastautin tetap
- Warganegara asing yang mempunyai passport & visa yang sah
- Barang kemas bernilai untuk pajakan
![](https://arrahnuexpress.com/wp-content/uploads/2022/09/Habibjew38047-1024x683.jpeg)
2
Kiraan(Awal) Barang Pajakan
Anda akan diberi anggaran jumlah pajakan terlebih dahulu melalui kiraan awal barang pajakan. Pegawai kami akan melakukan pemeriksaan terhadap fizikal dan menimbang barang pajakan anda. Berikut adalah kaedah pengiraan barang pajakan:
MARHUN = Berat emas (g) x Harga Pajak Emas Semasa
PEMBIAYAAN = Marhun x 75%
KADAR UPAH (Bulanan) = Marhun x 1%
![](https://arrahnuexpress.com/wp-content/uploads/2022/09/Habibjew38090-1024x683.jpeg)
3
Uji Ketulenan Emas
Setelah anda bersetuju dengan pembiayaian yang
dinyatakan, langkah seterusnya ialah melakukan ujian
ketulenan emas ke atas barang pajakan anda.
![](https://arrahnuexpress.com/wp-content/uploads/2021/04/Process4.jpg)
4
Transaksi Pajakan
Setelah mutu dan ketulenan disahkan, pengiraan akhir barang pajakan dilakukan untuk menentukan jumlah pembiayaan yang bakal diterima oleh anda. Seterusnya, Surat Akuan Gadaian (SAG) dicetak dan diberikan kepada anda sebagai rujukan transaksi pada masa akan datang.
![](https://arrahnuexpress.com/wp-content/uploads/2021/04/Process5.jpg)
5
Akad Gadaian
Akad gadaian dapat dilafazkan seperti berikut:
“Saya gadaikan marhun seperti di atas sebagai cagaran kepada pembiayaan ini dan bersetuju menanggung upah simpan, bayaran perkhidmatan lelongan apabila Tindakan demikian berlaku dan segala bayaran yang dikenakan atau dicaj”
Tempoh Pajakan & Kaedah Pembayaran
Sepanjang tempoh pajakan selama 6 bulan, anda boleh melakukan sebarang urusan seperti berikut:
Upah simpan
Upah simpan boleh dibayar setiap bulan mengikut upah simpan yang ditetapkan
Ansuran Pembiayaan
- Pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa
- Tiada ketetapan untuk membuat bayaran
Lanjutan 3 Bulan
- Perlu membayar upah simpan 6 bulan
- Datang sebelum tarikh matang atau pada bulan ke-6
Pajakan semula selepas tamat tarikh matang
- Perlu ke kaunter untuk membuat penukaran Surat Pajak / Surat Akuan Gadaian (SAG) kepada yang baru
- Pengiraan semula dilakukan mengikut harga emas pajakan pada hari tersebut
- Penggadai akan menerima Surat Pajak / Surat Akuan Gadaian (SAG) yang baru dengan tarikh matang selama 6 bulan lagi dari tarikh hari tersebut
Tebusan Barang Gadaian
- Perlu ke kaunter dan membawa:
- Kad Pengenalan; atau Passport (sah)
- Surat Pajak / Surat Akuan Gadaian (SAG)
- Wang tunai untuk pembayaran jumlah pembiayaan dan upah simpan secara keseluruhan
- Seterusnya, membuat pembayaran pembiayaan dan upah simpan (jika ada)
- Penggadai akan menerima kembali barang gadaian