Emas merupakan komoditi mesra pengguna bukan sahaja untuk penggemar barangan perhiasan tetapi juga bagi mereka yang aktif dalam dunia pelaburan. Logam ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat tempatan Malaysia, malah di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, penduduk dunia sedar akan kelebihan emas di mana sifatnya yang mudah dicairkan. Biarpun harganya semakin meningkat dari masa ke masa serta pengeluarannya yang agak terhad, permintaan terhadap komoditi emas ini akan sentiasa ada malah meningkat saban tahun.
Suatu ketika dahulu, warganegara Vietnam telah melarikan diri ke negara lain dengan berbekalkan emas semasa perang melanda. Sehingga ke hari ini, mereka lebih selesa menggunakan emas dan tunai berbanding kad kredit sebagai medium dalam melakukan transaksi memandangkan 70% rakyat mereka masih berada dalam tahap ‘underbank’ atau tidak mempunyai akaun bank.
Oleh itu, emas seringkali menjadi pilihan dalam menjadi aset penyimpan wang kerana ia sangat mudah untuk dicairkan berbanding dengan aset-aset lain yang memerlukan kertas kerja serta mengambil masa yang lama. Kebiasaan pemilik emas pasti akan mencairkan di beberapa entiti terpilih seperti kedai emas dan jugak pajak gadai.
Bagaimana Emas Dicairkan
Di kedai emas, pelanggan mempunyai pilihan untuk trade-in atau jual semula. Trade-in bermaksud mendapatkan emas baharu dengan emas lama. Pilihan ini kebiasaanya terkenal dalam kalangan pengumpul barangan kemas yang ingin menukarkan aset sedia ada kepada reka bentuk terkini.
Manakala jual semula atau buy back kebiasaannya menjadi pilihan mereka yang ingin menukarkan barang kemas kepada wang tunai dengan pantas. Boleh baca di sini untuk melihat kelebihan memajak atau menjual emas anda.
Pajak gadai juga menjadi pilihan dalam hal ini. Di Ar-Rahnu Express Koperasi Habib (M) Berhad, pelanggan boleh memilih samada untuk memajak ataupun menjual semula aset emas yang dimiliki. Paling utama, kedua-dua transaksi ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan juga bukan warganegara selagi mempunyai kad pengenalan diri atau pasport yang sah.
Terbuka Untuk Bukan Warganegara?
Sudah semestinya! Ar-Rahnu Express memberi peluang kepada bukan warganegara pelbagai latar belakang untuk membuat pajakan bersama kami. Cukup dengan menepati syarat-syarat umur 18 tahun dan ke atas, mempunyai pasport yang sah serta membawa barang kemas untuk dijual atau pajak.
Kami mempunyai lapan cawangan hampir di seluruh Malaysia dan beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum terpilih. Hubungi cawangan yang berdekatan dengan anda sekarang dan ikuti kami dia laman sosial Facebook dan Instagram.
Rujukan:
- Top 5 Uses Of Gold – One Of The World’s Most Coveted Metals
- Growing Number of Analysts See Gold Prices Rising 11.5% in 2021
- Kisah Negara Vietnam Dan Emas
Artikel oleh : Siti Suhaiba