Kelebihan Memajak di Ar-Rahnu Express

Ar-Rahnu Express telah ditubuhkan pada April 2010 dengan pembukaan cawangan pertama di Ampang Point. Semenjak itu, Ar-Rahnu Express telah berkembang sehingga 8 cawangan hampir di seluruh Malaysia.

 

Perkhidmatan yang ditawarkan di Ar-Rahnu Express adalah lebih mudah dan pantas jika dibandingkan dengan bank-bank konvesional dan syariah. Ar-Rahnu Express menjalankan transaksi dengan jelas dan telus tanpa ada keraguan.

 

Kelebihan untuk melakukan transaksi di Ar-Rahnu Express ialah kami tidak mengambil masa yang lama untuk memproses pembiayaan berbanding dengan membuat pinjaman di bank yang akan mengambil masa satu sehingga tiga hari waktu bekerja sebelum ia diluluskan.

 

Selain itu, seperti yang pernah ditulis dalam artikel sebelum ini Dapatkan Modal Perniagaan di Ar-Rahnu Express, terdapat banyak kelebihan lain jika anda mendapatkan pembiayaan di Ar-Rahnu Express berbanding dengan bank. Antaranya seperti:

 

  1. Memberi pembiayaan tinggi sehingga 75% margin
  2. Kadar upah simpan yang dikenakan tetap dengan hanya serendah 1% daripada nilai barangan anda
  3. Bayaran balik pembiayaan dan upah simpan anda secara fleksible sebelum tarikh matang

 

Ar-Rahnu Express merupakan sebuah syarikat di bawah Kumpulan HABIB. Oleh itu, Ar-Rahnu Express berkongsi kepakaran lebih daripada 60 tahun berkaitan dengan berlian dan mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam menilai berlian.

 

Ini juga merupakan salah satu kelebihan terbesar bagi kami di Ar-Rahnu Express kerana Ar-Rahnu Express merupakan satu-satunya pajak gadai Islam yang menerima berlian untuk dipajak.

 

Selain daripada itu, di Ar-Rahnu Express, kami juga menerima pelbagai jenama dan jenis mutu emas bermula daripada emas 999 sehingga ke emas 375. Kami juga menerima jongkong emas, dinar emas, barangan emas putih dan barangan perhiasaan emas bertatahkan batu permata atau mutiara.

 

Antara kelebihan lain di Ar-Rahnu Express ialah kami menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan percuma seperti :

 

  1. Cucian emas
  2. Cara pengiraan zakat emas
  3. Penilaian mutu emas

 

Bagi merasai sendiri kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Express, anda boleh berkunjung ke mana-mana daripada lapan cawangan kami iaitu:

 

  1. Ar-Rahnu Express Ampang Point
  2. Ar-Rahnu Express Sungai Buloh
  3. Ar-Rahnu Express Sri Gombak
  4. Ar-Rahnu Express PKNS Shah Alam
  5. Ar-Rahnu Express Mydin USJ
  6. Ar-Rahnu Express Kuantan
  7. Ar-Rahnu Express Penang
  8. Ar-Rahnu Express Angsana Johor Bahru Mall

 

Maklumat lanjut boleh ikuti kami di laman rasmi Facebook dan Instagram Ar-Rahnu Express.

Published
Categorized as Blog

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *