Kelebihan Ar-Rahnu Express

BUKA SETIAP HARI
Ar-Rahnu Express mengutamakan kemudahan para pelanggan dengan beroperasi setiap hari (Isnin – Ahad) termasuk cuti umum. Untuk waktu pembukaan cawangan, sila rujuk di sini.

KEPAKARAN TINGGI
Selaras dengan pengalaman yang luas dalam industri emas dan berlian lebih dari 60 tahun, Ar-Rahnu Express mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menilai barangan kemas anda terutamanya barangan emas yang bertatahkan berlian.

BARANG PAJAKAN DITERIMA
Jenis barang pajakan yang diterima Ar-Rahnu Express adalah lebih pelbagai terutamanya barangan berlian dan batu permata.
Senarai barang pajakan termasuk:
Jongkong Emas (Pelbagai Jenama) | Dinar Emas (Pelbagai Jenama)
Syilling Emas | Batu Berlian Bersijil
Emas mutu 375, 750, 835, 900, 916, 999 | Emas putih
Barangan kemas lama atau rosak | Barangan kemas berlian
Barangan kemas batu permata | Barangan kemas mutiara

TELUS. PANTAS. MESRA
Setanding dengan nama Ar-Rahnu Express, proses pajakan kami amat telus dan pantas. Kami menitikberatkan mutu perkhidmatan kepada setiap pelanggan untuk menjamin keselesaan semasa berurusan dengan kami.
Kadar Ar-Rahnu Express
1
% Upah Simpan
Upah simpan yang ditawarkan hanyalah 1% dari nilai marhun, iaitu sangat berpatutan dan menyenangkan para pelanggan.
75
% Margin Pembiayaan
Kami juga menyediakan margin pembiayaan yang tinggi
sehingga 75% kepada semua pelanggan tanpa mengira pelanggan tetap atau baru.
6
Bulan Tempoh Pembiayaan
Tempoh pajakan di Ar-Rahnu Express adalah sehingga 6 bulan. Namun begitu, pelanggan boleh melanjutkan tempoh pajakan 3 bulan tambahan dengan membayar 6 bulan upah simpan.
Perkhidmatan Percuma di Ar-Rahnu Express

Penilaian Percuma oleh Pakar: Emas, Berlian dan Permata
Barang kemas dan batu berlian dinilai secara percuma oleh pegawai bertauliah di Ar-Rahnu Express.

Kiraan Zakat Emas Percuma
Kami membantu anda menjalankan kewajipan dengan menyediakan perkhidmatan kiraan zakat emas secara percuma yang diiktiraf oleh Lembaga Zakat Selangor.

Cucian Barang Kemas Percuma
Kami mempunyai peralatan terkini untuk mencuci barang kemas anda secara percuma.

Ujian Ketulenan Emas Percuma
Kami boleh menjalankan ujian ketulenan barang kemas anda secara percuma.