Syarat Kelayakan
Apakah syarat kelayakan untuk membuat pajakan di Ar-Rahnu Express?
Penggadai hendaklah berusia 18 tahun dan ke atas.
Proses Gadaian
Bagaimanakah untuk membuat pajakan di Ar-Rahnu Express?
Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan barang kemas untuk dipajak. Manakala bagi bukan warganegara Malaysia, hanya perlu membawa passport dan visa yang sah bersama barang kemas untuk dipajak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik di sini.
Harga Pajakan
Berapakah harga pajakan yang ditawarkan?
Harga pajakan adalah berbeza mengikut mutu barang yang dipajak. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Margin Pembiayaan
Berapakah margin pembiayaan di Ar-Rahnu Express?
Ar-Rahnu Express menyediakan pembiayaan sehingga 75% daripada nilai marhun.
Caj Upah Simpan
Berapakah caj upah simpan yang dikenakan?
Kadar upah simpan yang dikenakan ialah 1% sebulan daripada nilai marhun.
Bayaran Online
Adakah Ar-Rahnu Express menyediakan pembayaran secara online?
Ya, kami menerima pembayaran secara online. Hubungi cawangan terdekat anda di sini untuk maklumat lanjut.
Pembayaran Balik Pembiayaan
Bagaimanakah cara pembayaran balik pembiayaan serta upah simpan?
Pelanggan perlu membuat pembayaran di kaunter cawangan Ar-Rahnu Express. Pembayaran semula adalah fleksibel dan boleh dilakukan secara ansuran dalam tempoh pajakan.
Tempoh Gadaian
Berapakah tempoh maksimum gadaian?
Tempoh maksimum gadaian ialah selama 6 bulan. Namun, pelanggan boleh melanjutkan tempoh gadaian kepada 9 bulan dengan membayar terlebih dahulu upah simpan selama 6 bulan.
Hari Beroperasi
Adakah cawangan Ar-Rahnu Express beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum?
Semua cawangan Ar-Rahnu Express beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.
Kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG)
Apakah yang perlu dilakukan sekirangan kehilangan Surat Akuan Gadaian?
Pelanggan perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah di cawangan Ar-Rahnu Express berkenaan dan perlu membuat perakuan kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Keselamatan
Adakah barangan pajakan disimpan selamat?
Ar-Rahnu Express menjamin keselamatan 100% barangan yang disimpan serta dilindungi insurans.
Had Pajakan
Berapakah had maksimum pajakan bagi setiap pelanggan?
Setiap pelanggan layak membuat pembiayaan sehingga RM100,000.
Penerimaan Barangan Kemas Rosak
Adakah Ar-Rahnu Express menerima barang kemas rosak?
Kami menerima semua jenis barangan kemas termasuk barangan kemas lama, barangan kemas rosak atau putus untuk gadaian. Untuk maklumat lanjut, hubungi cawangan kami yang berdekatan dengan anda di sini.
Jual Beli Emas
Adakah Ar-Rahnu Express menerima jual beli emas?
Ar-Rahnu Express dengan kerjasama Koperasi Habib Malaysia Berhad menerima emas untuk dijual di cawangan seperti Ar-Rahnu Express PKNS Shah Alam dan Ar-Rahnu Express Angsana Johor Bahru Mall.