Peranan Ar-Rahnu Express Ketika PKP

Pajak Emas Untuk Tunai

Ar-Rahnu Express merupakan salah sebuah rangkaian HABIB Jewels dan perkhidmatan ini telah dilihat sebagai satu industri yang berperanan penting dari masa ke masa. Ar-Rahnu Express ialah sebuah pajak gadai Islam yang berlandaskan syariah Islam dan menawarkan perkhidmatan pembiayaan-mikro yang mudah dan pantas.

 

Ketika Malaysia berhadapan dengan pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan telah menutup hampir kebanyakan syarikat-syarikat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang pada ketika itu dianggap tidak ‘penting’ atau essential.

 

Walau bagaimanapun, setelah hampir setahun negara ini berhadapan dengan pandemik tersebut, perkhidmatan pembiayaan mikro berlandaskan syariah Islam ini telah membuktikan bahawa kami ialah salah sebuah perkhidmatan yang berperanan penting dalam membantu kelancaran ekonomi negara kerana mampu melaraskan kehidupan seharian rakyat.

 

Antara peranan Ar-Rahnu Express ketika PKP ialah kami menyediakan kemudahan untuk mencairkan emas anda dan memberikan anda pulangan pembiayaan yang tiada susut nilai dan bertepatan dengan harga emas semasa. Peranan Ar-Rahnu Express juga adalah untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada mereka yang benar-benar terkesan dengan pandemik ini.

 

Selain itu, peniaga-peniaga kecil, usahawan-usahawan malah mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam perniagaan boleh untuk mendapatkan modal pusingan dengan hanya bercagarkan barangan kemas. Boleh baca disini untuk melihat perbezaan Ar-Rahnu Express dan bank.

 

Selain daripada itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Express sangat mudah di mana para pelanggan hanya memerlukan kad pengenalan atau pasport yang sah dan barangan kemas untuk dicagar bagi mendapatkan pembiayaan. Kemudahan yang diberikan kepada pelanggan ini telah dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peranan Ar-Rahnu Express sewaktu PKP.

 

Antara peranan lain Ar-Rahnu Express ialah menerima transaksi jualan dan menawarkan harga pembelian barangan kemas lama pelanggan yang sangat kompetitif. Menurut Pengurus Besar Kanan Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, terdapat peningkatan sebanyak 25 peratus pelanggan yang menjual barangan kemas lama mereka di Ar-Rahnu Express sepanjang PKP. Baca dengan lebih lanjut di sini.

 

Anda boleh saksikan Live di Facebook Ar-Rahnu Express mengenai PERANAN AR-RAHNU EXPRESS SEPANJANG PKP BERSAMA SITI SUHAIBA DAN ZARITH untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan-peranan Ar-Rahnu Express ketika PKP. Saksikan juga Live Facebook terbaharu kami TRANSAKSI SELAMAT DI AR-RAHNU EXPRESS BERSAMA SITI SUHAIBA untuk melihat sendiri bagaimana kami menjalankan transaksi yang mengikut SOP sepanjang PKP.

 

Ar-Rahnu Express beroperasi setiap hari sepanjang PKP. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mana-mana cawangan kami yang berdekatan dengan anda.

Published
Categorized as Blog

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *