Pada 30 Mac 2021, cawangan Ar-Rahnu Express di Mydin USJ telah dilancarkan semula dengan konsep yang serba baharu. Cawangan ini menawarkan konsep reka bentuk dalaman yang moden dan minimalis berbeza dengan konsep lama dan mana-mana konsep pajak gadai Islam di Malaysia.
Konsep baharu ini juga memberikan pengalaman yang berbeza buat para pelanggaan Ar-Rahnu Express. Tujuan utama konsep baharu ini diketengahkan adalah untuk meningkatkan keselesaan buat para pelanggan baru dan sedia ada. Oleh itu, pelbagai fasiliti menarik telah ditambah di cawangan Ar-Rahnu Express Mydin USJ.
Jika dibandingkan dengan konsep lama, antara fasiliti menarik yang ditambah di cawangan Ar-Rahnu Express Mydin USJ seperti bilik VIP. Ruangan bilik VIP yang selesa ini ditambah untuk pelanggan yang memerlukan privasi yang lebih. Perkara ini selari dengan prinsip kami dalam mengutamakan keselesaan pelanggan.
Selain itu, berbeza dengan konsep cawangan lama, cawangan baharu ini mempunyai tempat duduk yang dilengkapi palam pengecas telefon bimbit serta ruang menunggu yang luas dan selesa.
Antara tarikan utama di cawangan ini ialah mesin kopi dan teh layan diri serta dispenser air khas untuk pelanggan kami. Fasiliti ini disediakan untuk keselesaan pelanggan ketika melakukan transaksi.
Selain itu, cawangan di Mydin USJ juga telah menggunakan konsep sistem panggilan nombor yang berbeza berbanding konsep lama. Sistem panggilan nombor di cawangan ini menggunakan sistem daripada aplikasi Queuebee.
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda dapat menempah nombor dengan lebih awal dan dapat melakukan urusan lain sebelum nombor anda dipanggil. Aplikasi ini boleh dimuat turun di laman playstore atau app store.
Kunjungi kami untuk merasai sendiri pengalaman memajak bersama Ar-Rahnu Express cawangan Mydin USJ di sini atau tonton LIVE: Ar-Rahnu Express Mydin USJ Bersama Arina Febrinazira untuk merasai pengalaman secara maya.
Ar-Rahnu Express Mydin USJ beroperasi SETIAP HARI termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Kami mula beroperasi bermula jam 10:00 pagi. Hubungi kami di talian 03 8022 1408 atau Whatsapp kami untuk mendapatkan pegawai khidmat pelanggan kami.