5 Teknik Mudah Kenali Emas Tulen

#1 BAU
Pastikan tiada bau pelik seperti bau besi atau bau karat. Jika barangan kemas tersebut tulen, ia tidak akan mengeluarkan bau-bauan pelik.

 

Namun, jika barangan kemas tersebut tidak tulen, maka ia akan mengeluarkan bau-bauan pelik seperti bau besi atau bau karat.

 

#2 WARNA
Barangan kemas yang tidak tulen kebiasaanya warnanya akan luntur dan pudar dengan cepat. Bagi barangan kemas tulen pula, warnanya tidak akan pudar akan tetapi ia akan menjadi sedikit kusam oleh kerana daki-daki kotoran.

 

Walau bagaimanapun, apabila ia dicuci, warna barang kemas tulen akan kembali kepada warna asal.

 

#3 TEKANAN
Sifat asal emas ialah lembut terutama emas 999. Ini kerana emas 999 mempunyai kandungan emas sebanyak 99.99 peratus emas asli dan hanya 0.10 peratus bendasing.

 

Oleh itu, memberikan sedikit tekanan lembut kepada barang kemas seperti menekan atau menggigit sedikit dapat menentukan sama ada barangan kemas anda tulen ataupun tidak.

 

#4 GIGITAN
Cara mengenalpasti emas tulen atau tidak juga boleh dilakukan melalui kaedah gigitan. Sekiranya anda boleh mengigit dan terdapat kesan gigitan pada barang kemas anda, maka barangan kemas tersebut adalah tulen.

 

Walau bagaimanapun, barang kemas anda akan mengalami sedikit kecacatan apabila anda melakukan ujian gigitan .

 

#5 MAGNET
Magnet merupakan salah satu alat pengujian yang paling mudah digunakan. Anda boleh melakukan pengujian ketulenan emas dengan sendiri di rumah hanya dengan menggunakan magnet.

 

Sekiranya barangan kemas anda tidak melekat dengan magnet, maka barangan kemas anda adalah emas tulen. Jika barangan kemas tersebut melekat dengan magnet, maka emas tersebut berkemungkinan tidak tulen.

 


Walau bagaimanapun, tidak semua barangan kemas yang melekat dengan magnet dikira emas tidak tulen. Hal ini kerana terdapat beberapa mutu emas yang bercampur dengan bendasing-bendasing lain untuk menguatkan reka bentuk barangan kemas tersebut seperti jenama Oro Italia keluaran HABIB.

 

Oleh itu, anda digalakkan untuk datang ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu Express yang berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barangan kemas anda. Kami juga melakukan pengujian barangan kemas secara percuma. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

 

Ingin mengenali jenis-jenis mutu emas? Untuk mengenali jenis-jenis mutu emas, anda boleh baca di artikel ini 6 Mutu Emas Yang Perlu Anda Tahu.

 

PENAFIAN: Tip ini hanya sekadar perkongsian bersama. Ar-Rahnu Express tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?