Beza Emas Hollow dan Emas Padu

Beza Emas Hollow dan Emas Padu
Beza Emas Hollow dan Emas Padu

Sebelum kita membeli barang kemas, kita perlulah tahu barang kemas yang mana lebih bersesuaian untuk kita dan boleh disimpan untuk jangka masa panjang.

 


Artikel kali ini akan berkongsi tentang perbezaan barangan kemas padu (solid) dan kosong (hollow). Apa itu hollow? Apa pula padu? Hollow atau padu itu merujuk kepada ketumpatan sesuatu barang kemas itu. Rata-rata wanita mempunyai pilihan atau citarasa tersendiri dalam membeli barang kemas. Jadi apa beza hollow dan padu?

 


Hollow bermaksud kosong di mana bahagian dalam sesuatu barang kemas itu kosong. Manakala emas padu pula bermaksud ketumpatan sesuatu barang kemas itu penuh atau padat dengan emas. Apa lagi beza antara barang kemas hollow dan padu?

 


Reka bentuk atau design barang kemas hollow kebiasaanya berbentuk lebih besar dan puas mata memandang. Berbeza dengan reka bentuk barangan kemas padu yang selalunya datang dalam bentuk yang halus dan lebar tetapi padu dengan ketumpatan emas.

 


Antara contoh emas hollow terkini seperti rantai tangan gajah, rantai tangan pasir, rantai tangan lipan dan sebagainya. Rantai tangan ini kelihatan lebar dan besar namun apabila kita memegangnya, tidaklah seberat yang disangka.

 

Rantai Tangan Hollow
Contoh Rantai Tangan Terkini 

Seterusnya, bagi barangan kemas padu pula seperti jenis mesin, dunhill, putera puteri dan seangkatan dengannya. Barang-barang kemas jenis ini kebiasaanya dilihat lebih nipis dan halus jika dibandingkan dengan barangan-barangan kemas hollow.

 

Rantai Tangan Padu
Rantai Tangan Emas Padu

Selain itu, cara pemakaian dan penjagaan barang kemas hollow dan barang kemas padu juga berbeza. Untuk gaya yang lebih kasual dan minimalis anda boleh padankan pakaian dan tambahan aksesori reka bentuk hollow sebagai pelengkap gaya. Selain itu, barangan kemas berbentuk hollow lebih sesuai digunakan secara kasual kerana reka bentuk ini perlu dijaga dengan rapi dan baik.

 

Namun begitu, jika anda seorang pencinta barang kemas, anda boleh memilih rekaan yang barang kemas padu. Ini kerana barang kemas padu bersifat lebih tebal dan sesuai untuk pemakaian harian.

 

Kami di Ar-Rahnu Express menerima pelbagai jenis reka bentuk dan mutu emas. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini. Jika anda mencari reka bentuk emas yang menarik dan bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan, layari Habib Jewels untuk mendapatkan pilihan anda!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *