Jika kita memakai barangan kemas setiap hari, ia akan lebih cepat menjadi kotor kesan daripada aktiviti harian yang dilakukan oleh kita. Barangan kemas yang kotor pasti akan kelihatan kusam dan tidak menarik.
Di bawah ialah beberapa tip mudah yang kami kongsikan untuk anda mencuci barangan kemas anda di rumah dengan mudah.
Tip #1 – Ubat Gigi
Cara menggunakan ubat gigi untuk mencuci barangan kemas:
- Gunakan mana-mana jenama ubat gigi
- Letakkan ubat gigi dengan jumlah yang sedikit
- Gunakan berus gigi baru agar mudah menyental kotoran pada barangan kemas anda
- Gosokkan dengan perlahan pada barang kemas anda
Teknik ini merupakan teknik mudah membersihkan barangan kemas di rumah.
Tip #2 – Air Panas
Rendam barang kemas di dalam air panas. Kemudian berus dengan perlahan menggunakan berus gigi bagi menghilangkan bau dan kotoran. Cara ini amat mudah untuk dilakukan di rumah.
Tip #3 – Pencuci Pinggan
Mencuci barangan kemas menggunakan pencair pencuci pinggan juga merupakan salah satu cara membersihkan barangan kemas anda di rumah.
Cara mudah membersihkan barangan kemas menggunakan cecair pencuci pinggan adalah seperti berikut:
- Letakkan sedikit cecair pencuci pinggan ke dalam bekas kosong yang telah dicampurkan dengan air
- Rendam dan gosok barangan kemas dengan perlahan menggunakan berus gigi
- Bilas barangan kemas anda dengan air yang bersih
- Lap barangan kemas anda menggunakan tuala kering dan keringkan menggunakan pengering rambut
Tip #4 – Serbuk Penaik Bikarbonat (Baking Soda)
Barangan dapur seperti serbuk penaik bikarbonat atau baking soda juga boleh digunakan untuk mencuci barangan kemas anda. Cara-caranya ialah seperti:
- 60 gm baking soda
- 2 sdm air
- Campurkan kedua-dua bahan ini
- Gosok pada barangan kemas anda menggunakan berus gigi dengan perlahan
- Bilas barangan kemas anda menggunakan air biasa
- Lap dan keringkan barangan kemas menggunakan tuala atau pengering rambut
Tip #5 – Ultrasonic Jewelry Cleaner Machine
Ultrasonic jewelry cleaner machine ini merupakan alatan bagi membersihkan barangan kemas anda. Harga sebuah mesin ini bermula dari RM 200 dan ke atas. Ia juga bergantung kepada jenama dan kualitinya.
Mesin ini berfungsi menanggalkan kotoran pada barangan kemas dengan gegaran yang bersesuaian terhadap barangan kemas anda.
Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai digunakan untuk barangan kemas yang mempunyai batu perhiasan.
Di Ar-Rahnu Express, kami menawarkan perkhidmatan cucian emas secara percuma di semua cawangan kami. Kami menggunakan mesin ultrasonic polishing yang berkualiti tinggi bagi mencuci barangan kemas anda.
PENAFIAN: Tip ini hanya sekadar perkongsian bersama. Ar-Rahnu Express tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
Pingback: 6 Mutu Emas Yang Anda Perlu Tahu – Ar-Rahnu Express
Pingback: Cara Jaga Barang Kemas Di Rumah - Ar-Rahnu Express