10 Zulhijah setiap tahun merupakan hari di mana umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiliadha atau Hari Raya Korban. Sempena Hari Raya Aidiladha, mari baca beberapa fakta menarik mengenai Hari Raya Aidiladha.
1. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji di mana sempena menyambut umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.
2. Ibadah korban dilakukan bersempena mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, kesabaran Nabi Ismail dan tawaduknya Siti Hajar dalam menuruti perintah Allah.
3. Oleh kerana ketaatan, Nabi Ibrahim, kesabaran Nabi Ismail, dan ketawadhuan Siti Hajar, Allah telah menebus kembali Nabi Ismail dan menggantikan dengan seekor sembelihan yang lebih besar.
4. Maka umat Islam akan menyembelih binatang al-an’am atau binatang berkaki empat serta jinak seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.
5. Takbir raya Aidiladha berlangsung selama tiga hari bermula waktu Subuh Hari Arafah dan berakhir pada waktu Asar Hari Tasyriq yang ketiga.
6. Tahukah anda tiada azan untuk memanggil solat raya Aidiladha? Ya, sama seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak ada azan dan iqamat pada solat hari raya.
7. Bagi mereka yang berniat untuk berkorban, adalah disunatkan untuk mengerjakan ibadah korban itu dengan tangan sendiri.
8. Adakah anda tahu bagi mereka yang telah berniat untuk mengerjakan ibadah korban, mereka dilarang untuk memotong kuku dan menggunting rambut sehingga selesai ibadah korban tersebut.
9. Ibadah korban hanya dilakukan selepas selesainya solat raya Aidiladha.
10. Hari Raya Aidiladha merupakan hari cuti umum di Malaysia
Ar-Rahnu Express mengucapkan Salam Aidiladha untuk semua umat Islam. Semoga ibadah kita diterima Allah s.w.t