Mari Kenali: Apa itu Dinar Emas?

Adakah anda seorang pengumpul dinar emas atau beminat untuk menyimpan dinar emas? Tahukah anda dinar adalah sejenis mata wang yang digunakan secara meluas suatu ketika dahulu?

 

1. Apa itu dinar?

Ya, dinar merupakan mata wang syiling berasaskan emas yang pernah digunakan untuk melakukan urusan penjualan-pembelian pada tahun ke-6 dan ke-7 Masihi oleh masyarakat Arab Mekah dan Madinah.

 

Mata wang ini telah dikeluarkan oleh Rom dan Parsi dan digunakan secara meluas di wilayah Empayar Byzantium dan Empayar Sasan. Jika mengikut sejarah Islam, ketika zaman kebangkitan Islam mereka menggunakan dinar lain sebagai mata wang.

 

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah cuba untuk menempa mata wang baru bagi kegunaan negara Islam, oleh itu Baginda hanya meneruskan penggunaan mata wang sedia ada iaitu dinar daripada Rom dan Parsi. Penggunaan mata wang dinar ini berterusan sehingga ke zaman sahabat-sahabat Baginda.

 

2. Jenis dinar emas

Dinar mempunyai dua jenis iaitu 24 karat dan 22 karat. 24 karat bersamaan dengan mutu emas 999 manakala 22 karat bersamaan dengan mutu emas 916. Menariknya, biarpun mempunyai perbezaan dari segi mutu emas, namun satu dinar emas tetap mempunyai berat yang sama iaitu 4.25 gram.

 

Walau bagaimanapun, jika anda membeli atau melabur pada dinar yang bermutu emas 999 atau 24 karat, kebiasaannya sedikit mahal berbanding dinar emas bermutu 916 atau 22 karat. Hal ini kerana, dinar 999 mempunyai ketulenan logam emas sebanyak 99.99%.

 

3. Dinar emas di Malaysia

Sekitar tahun 2000, Tun Mahathir pernah memperkenalkan dan mempromosikan semula penggunaan dinar emas ekoran kejatuhan nilai mata wang ASEAN pada tahun 1998. Penempaan dinar emas pertama oleh Royal Mint of Malaysia diterima baik oleh rakyat Malaysia di mana rakyat mula menggunakan dinar emas sebagai simpanan, pelaburan, hadiah malah sebagai hantaran perkahwinan.

 

4. Penggunaan dinar emas sebagai mata wang

Tahukah anda ada negeri di Malaysia yang menerima dinar emas sebagai mata wang? Penggunaan dinar sebagai mata wang di Malaysia telah dimulakan oleh negeri Kelantan pada tahun 2010. Hampir 1,000 buah premis perniagaan telah bersetuju untuk menerima dinar sebagai bentuk pembayaran dalam urusan jual-beli. Antara tempat yang menerima dinar di Kelantan ialah seperti Pasar Siti Khadijah.

 

5. Adakah Ar-Rahnu Express terima dinar emas sebagai barang cagaran?

Kami di Ar-Rahnu Express menerima pelbagai jenis mutu emas dan semua jenis emas termasuk dinar emas pelbagai jenama sebagai barang cagaran. Malah di bawah Koperasi Habib (M) Berhad, kami menawarkan harga yang kompetitif untuk membeli semula dinar emas anda. Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan kami yang berhampiran dengan anda atau hubungi kami sekarang.

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan Telegram untuk info-info menarik mengenai Ar-Rahnu Express.

 

Rujukan:

  1. Salmy Edawati Yaacob, Mohd Al Adib Samuri, etc . 2011. Dinar Emas Sebagai Mata Wang dan Komoditi di Beberapa Negeri Terpilih. Jurnal Melayu (7). 147-172
  2. Salmy Edawati Yaacob. 2009. Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia. Jurnal Al-Tammadun (4). 107-127

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?