“Banyaknya barang kemas awak, macam mana awak simpan?” “campak-campak dalam bekas lepastu simpan bawah bantal je” “eh eh tak rosak ke bahaya pulak tu”
Hah, anda banyak barang kemas di rumah? Betul ke cara jaga barang kemas ni? Tidak mengapa, teruskan membaca kerana artikel ini akan berkongsi tip dan cara penjagaan barang kemas dengan baik dan selamat di rumah.
1. Cara Penyimpanan Barang Kemas
Tahukah anda barangan kemas memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti? Barang kemas yang dijaga dengan baik tidak akan mudah rosak atau bercalar. Kebiasaanya, kita akan menyimpan barangan kemas secara bercampur-aduk. Ini akan menyebabkan barang-barangan kemas kita akan cepat bercalar atau rosak.
Cara menyimpan barang kemas tidak memerlukan kos yang banyak. Anda hanya perlu mengasingkan barang-barang tertentu seperti rantai tangan, rantai leher, gelang tangan dan cincin di dalam kotak simpanan yang bersesuaian.
Sebagai contoh, barangan kemas yang bercampur-campur dengan batu permata lain seperti berlian perlu di asingkan. Ini dapat menjaga berlian tersebut daripada calar dan tahan berkilat dengan lebih lama.
Seterusnya, jika ada mempunyai barang kemas yang bertatahkan mutiara atau perhiasaan mutiara, cara menyimpannya adalah dengan membalut mutiara tersebut dengan kertas tisu. Cara ini dapat menjaga mutiara dengan lebih baik dan lama kerana mutiara sangat sensitif terhadap bendasing.
2. Cara Menjaga Keselamatan Barang Kemas
Orang dahulu suka menyimpan barang kemas mereka di tempat seperti dalam bekas tin, almari, bawah bantal, bawah tilam dan lain-lain. Cara simpanan ini adalah sangat bahaya jika kita contohi sekarang.
Antara cara terbaik dalam menjaga keselamatan barang kemas di rumah ialah dengan menyimpan barang kemas yang tidak dipakai di dalam peti besi. Peti besi kini lebih mudah didapati dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, anda juga boleh menyimpan barang kemas anda di dalam almari yang berkunci dan simpan kunci tersebut di tempat yang selamat.
Jika anda rasa kurang selamat untuk menyimpan di rumah, anda juga boleh meyimpan barang kemas anda bersama Ar-Rahnu Express. Kami menerima semua jenis barang kemas dan anda akan menerima pembiayaan mikro untuk tempoh selama enam bulan.
Barang kemas ialah sesuatu barangan berharga dan perlu dijaga dengan baik. Selain itu, barang kemas juga bermanfaat untuk jangka masa panjang. Anda boleh baca Kenapa Perlu Simpan Emas?
Untuk mengetahui tip-tip mencuci barang kemas di rumah anda boleh baca 5 Tip Mencuci Emas.