Sejarah HABIB Oro Italia 916®
Negara Itali merupakan salah sebuah negara yang mempunyai banyak simpanan emas dan cukup terkenal dengan kepakaran tukang kemas, reka bentuk dan teknologi pembuatan yang canggih.
Hubungan baik yang terjalin di antara Dato’ Seri Meer Habib dari kumpulan HABIB dan rakan kongsi dari Itali telah mengetengahkan idea untuk mewujudkan rangkaian eksklusif yang menggabungkan kreativiti dan kepakaran daripada dua pasaran.
Sebagai jenama tempatan yang sering menekankan cita rasa warisan Malaysia, HABIB menggabungkan cita rasa tersebut dengan teknologi terkini dan menghasilkan rekaan barang kemas yang cukup eksklusif dan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.
Apa itu HABIB Oro Italia 916®?
Perkataan ‘Oro’ bermaksud emas dalam bahasa Itali. Emas Itali atau ‘Oro Italia’ biasanya diperbuat daripada kandungan emas 916. Walau bagaimanapun, ia sudah sebati dalam budaya kita untuk menghargai barang kemas yang diperbuat daripada emas 916 (22K).
Setiap satu koleksi barangan kemas HABIB Oro Italia 916® diberi sentuhan kemasan yang teliti oleh tukang emas dari Itali. Penggunaan dawai yang diperbuat daripada emas yang kemudiannya digilap dan dipintal bagi menghasilkan sesebuah rekaan yang eksklusif dan mencapai standard piawaian tertinggi.
Hasil tangan yang cukup halus dan kemas menjadikan setiap yang memakainya pasti akan merasa selesa. Walaupun koleksi ini dibawakan khas dari Itali dengan hasil kerja pertukangan barang kemas yang sangat eksklusif, namun barang kemas HABIB Oro Italia 916® adalah mampu untuk dimiliki oleh semua kerana harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.
Adakah Emas HABIB Oro Italia 916® Boleh Dipajak?
Di Ar-Rahnu Express kami menerima emas HABIB Oro Italia 916® untuk dipajak. Kami mempunyai kepakaran yang tinggi untuk menilai barang kemas koleksi HABIB Oro Italia 916®. Berserta latihan yang diberikan secara terus menerus untuk menjadikan pegawai khidmat pelanggan kami terlatih dan berkepakaran, itu menjadikan Ar-Rahnu Express satu-satunya pajak gadai Islam yang menerima HABIB Oro Italia 916® untuk dipajak.
Sebagai salah sebuah anak syarikat di bawah naugan HABIB juga menjadikan kami yang terawal berkepakaran dalam memberikan nilai bagi barang kemas HABIB Oro Italia 916®.
Oleh itu, bagi penggemar koleksi HABIB Oro Italia 916®, anda tidak perlu risau kerana kerana barang kemas HABIB Oro Italia 916® boleh ditukarkan kepada tunai jika anda memerlukan wang pada waktu kecemasan.
Kunjungi cawangan Ar-Rahnu Express yang berhampiran anda dan pegawai khidmat pelanggan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.
Ikuti Facebook dan Instagram kami untuk info-info menarik mengenai emas.
