Simpan di bawah bantal, di dalam tin biskut ataupun di dalam almari adalah antara cara nenek moyang kita dahulu menyimpan barang kemas perhiasan mereka. Dengar seperti lucu tetapi memang begitulah cara masyarakat dahulu menyimpan barang berharga mereka.
Kebiasaannya, mereka akan simpan secara berlonggok-longgok di dalam satu bekas, akan tetapi cara ini adalah tidak sesuai. Bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi barang kemas perhiasan juga akan mudah rosak, calar malah kemek jika tidak disimpan dengan cara yang betul.
Masyarakat kini, tidak kira wanita mahupun lelaki tahu akan kelebihan menyimpan emas sebagai pelaburan, tidak kira emas perhiasan mahupun emas bukan perhiasan. Biarpun kita boleh melabur di atas talian kini, namun emas fizikal seperti barang kemas atau emas pelaburan seperti jongkong emas atau dinar lebih selesa berada di tangan sendiri.
Oleh itu, kita perlu tahu cara untuk menyimpan barang kemas dengan selamat. Antara cara yang paling terkenal adalah untuk menyimpan barang kemas di dalam kotak perhiasan. Bagi wanita yang gemar menyimpan emas perhiasan, kotak perhiasan ini sangat penting bukan sahaja untuk menyimpan barang kemas dengan selamat tetapi juga untuk menjaga kualiti barang kemas agar tidak tercalar, kemek atau rosak. Barang kemas perhiasan seperti cincin dan rantai tidak boleh dicampurkan bersama-sama malah setiap barang kemas perhiasan perlu disimpan di dalam kotak yang tersendiri.
Bagi mereka yang mempunyai simpanan emas fizikal bukan perhiasan pula, seperti jongkong emas atau dinar, adalah digalakkan untuk menyimpan jongkong emas atau dinar di dalam peti keselamatan. Peti keselamatan kini sangat mudah didapati dalam harga yang berpatutan di mana-mana kedai atas talian. Melabur sedikit dalam peti keselamatan mampu untuk melindungi simpanan emas dengan selamat.
Kini, ada cara lain untuk menyimpan emas dengan selamat sambil mendapatkan pembiayaan sementara iaitu dengan menyimpan di Ar-Rahnu Express. Ar-Rahnu Express merupakan pajak gadai Islam yang menawarkan pembiayaan sementara sehingga tempoh 9 bulan*. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya kenapa pula perlu simpan di kedai pajak gadai?
Sebenarnya, banyak manfaat jika kita menyimpan emas di Ar-Rahnu Express lebih-lebih lagi kini adalah musim haji dan umrah dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti panjang.
Bagi yang menyimpan di Ar-Rahnu Express, tawaran pembiayaan sehingga 75% akan diberikan pada barang kemas emas anda baik perhiasan ataupun emas pelaburan mengikut harga emas semasa. Dengan peluang ini, anda akan mendapat pembiayaan sementara yang boleh digunakan sebagai duit poket ketika pergi bercuti panjang atau duit tambahan untuk menunaikan haji atau umrah.
Lebih menarik, upah simpan yang dikenakan adalah tetap dan hanyalah serendah 1% sahaja. Walaupun anda menyimpan emas dalam kuantiti yang banyak, upah simpan tetap tidak berubah, iaitu sebanyak 1% dan anda boleh menyimpan sehingga tempoh 9 bulan*. Selain itu, emas anda dijamin selamat kerana emas anda 100% diinsuranskan apabila anda menyimpan di Ar-Rahnu Express. Oleh itu, anda tidak perlu risau dan boleh pergi bercuti atau menunaikan ibadah haji dan umrah dengan tenang.
Di Ar-Rahnu Express, kami menerima semua jenis mutu emas dan semua jenis emas termasuk emas bertatahkan berlian dan batu permata serta emas yang patah dan rosak untuk disimpan. Tawaran pembiayaan adalah setinggi 75% dengan upah simpan serendah 1% untuk tempoh 9 bulan*. Barang kemas anda juga diinsuranskan 100% dan disimpan dengan selamat. Pajak gadai Islam Ar-Rahnu Express ini bukan sekadar pajak gadai yang memberikan pembiayaan malah membantu anda mencapai “peace of mind” atau ketenangan minda selari dengan prinsip Ar-Rahnu Express.
Ar-Rahnu Express mempunyai 8 cawangan di seluruh Malaysia dan beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum. Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan yang berdekatan dan ikuti Facebook dan Instagram.
*tertakluk pada terma dan syarat