Serba Baru Di Tahun 2022

Mengambil langkah inisiatif untuk meningkatkan kualiti keselesaan dan perkhidmatan buat para pelanggan Ar-Rahnu Express di tahun baru ini, cawangan Ar-Rahnu Express di Kompleks PKNS Shah Alam telah menaik taraf cawangan tersebut kepada sebuah konsep pajak gadai Islam yang berbeza dengan mana-mana pajak gadai Islam lain bahkan pajak gadai sendiri.

 

Konsep yang diketengahkan oleh Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam adalah konsep moden minimalis. Konsep baru ini akan memberikan pengalaman yang berbeza dan memuaskan kepada pelanggan yang ingin melakukan transaksi di pajak gadai Islam.

 

Pintu Hadapan Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam

Antara pembaharuan fizikal yang ditambah baik di cawangan ini adalah penggunaan sistem angka giliran menggunakan aplikasi mudah alih di telefon bimbit yang sangat memudahkan pelanggan. Sistem ini berjaya membuatkan urusan pelanggan menjadi lebih efisyen, tersusun dan pantas. Aplikasi Queuebee ini boleh dimuat turun secara percuma oleh pelanggan dan apa yang lebih menarik, pelanggan boleh mengambil nombor terlebih dahulu dalam radius sekitar 2KM daripada cawangan Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam dan nombor akan dipanggil menerusi aplikasi tersebut.

 

Berikutan situasi endemik kini, orang ramai tidak selesa untuk berada terlalu lama di luar serta bersesak dengan orang ramai. Justeru, sistem ini sangat sesuai dalam keadaan norma baharu ini kerana para pelanggan hanya perlu ke kaunter urusan apabila nombor telah dipanggil.

 

Sistem Quebee di Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam

Selain itu, ruangan berurusan yang dinaik taraf juga telah menjadi lebih selesa dan privasi untuk pelanggan melakukan sebarang transaksi. Pembukaan semula cawangan ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB dan diiringi Datin Sri Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB. Ujar Dato’ Sri dalam ucapan pembukaan semula cawangan “biarpun keadaan tahun 2021 dilihat tidak menentu, tetapi  pengubahsuaian cawangan ini dilakukan tepat pada masanya kerana tujuan utama adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi komuniti di Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Kita berharap agar pelanggan yang datang dapat menikmati kemudahan baru ini dengan senang hati ”.

 

Ruangan Urusan Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam

Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam terletak di Lot G-31, Kompleks PKNS Shah Alam dan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi – 6 petang pada hari minggu dan 10 pagi – 6 petang pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam di bawah Koperasi HABIB (M) Sdn Bhd bukan sahaja menerima transaksi pajakan malah menawarkan pembelian semula barangan kemas, barangan kemas berbatu dan barangan bertahtahkan berlian dengan harga yang kompetitif.

 

Kunjungi cawangan Ar-Rahnu Express Kompleks PKNS Shah Alam hari ini atau mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda dan pegawai khidmat pelanggan kami sedia untuk membantu anda. Ikuti kami di Facebook dan Instagram Ar-Rahnu Express untuk informasi menarik. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?