Apa Beza Cincin Risik, Tunang & Nikah?

Kalau dah masuk sahaja bulan November, mesti musim kahwin pun akan bermula! Kepada mereka yang sedang dalam perancangan nak berkahwin pada hujung tahun ini atau pada tahun pilihan anda, elok sangat untuk teruskan membaca perbezaan di antara cincin risik, tunang dan nikah.

 

Lah cincin pun ada perbezaan ke? Eh! Mestilah ada! Jadi mari kita kenali perbezaan di antara cincin risik, tunang dan nikah. Sebelum kita nak mula memilih mana satu pilihan hati, kita mesti tahu bajet perbelanjaan kita. Kebiasaannya, cincin-cincin ini datangnya dalam linkungan harga yang luas dari murah sehinggalah yang mahal.

 

1. Cincin Risik

 

Cincin belah rotan sangat terkenal dan sentiasa menjadi pilihan sebagai cincin untuk merisik kerana reka bentuk cincin ini sangatlah ringkas dan manis dipakai bakal pengantin perempuan. Cincin ini digelar belah rotan kerana reka bentuk cincin yang kosong dan ringkas dan tidak mempunyai sebarang batu permata.

 

Cincin Risik
Cincin Risik

2. Cincin Tunang

 

Bagi cincin tunang pula, cincin-cincin yang akan menjadi pilihan bakal pengantin ialah cincin yang lebih menarik daripada cincin merisik. Kebiasaannya, cincin tunang dilihat lebih elegan dengan batu permata yang kecil atau batu sejajar. Cincin tunang juga turut dikenali sebagai eternity ring.

 

Cincin Tunang

3. Cincin Nikah

 

Biarpun rantai tangan dan rantai leher sering dijadikan pilihan utama dalam upacara membatal air sembahyang, namun cincin emas atau berlian turut menjadi pilihan utama bagi bakal pengantin yang gemarkan kesederhanaan. Bagi cincin nikah atau cincin batal air sembahyang, cincin ini adalah lebih eksklusif berbanding cincin risik dan tunang. Dari segi harga juga, cincin nikah adalah lebih mahal dan lebih menarik dengan pelbagai pilihan untuk bakal pengantin.  

 

Cincin Nikah

Jika anda mencari cincin-cincin eksklusif, bermutu tinggi dan mempunyai pelbagai jenis harga, kunjungi cawangan HABIB yang berdekatan anda atau cari di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Ar-Rahnu Express, kunjungi cawangan kami yang berdekatan anda sekarang atau hubungi kami di sini.

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?