Fakta Menarik: Bersinar Seperti Berlian

Tahukah anda berlian merupakan salah satu barangan perhiasaan termahal di dunia? Ini kerana berlian dihasilkan melalui proses yang teliti. Berlian semulajadi ialah karbon yang dikristalisasi di bawah kerak bumi selama ratusan atau jutaan tahun dan batu permata ini muncul di permukaan bumi kesan daripada letusan gunung berapi.


Mari kita ketahui beberapa fakta menarik mengenai berlian:

 

  • “Adamas” adalah kata dasar berlian dan berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud tidak dapat dikalahkan atau tidak dapat dihancurkan.

 

  • Berlian terbentuk berbilion tahun lalu melalui kombinasi tekanan dan suhu yang tinggi iaitu 1652–2372 darjah Fahrenheit dan pada kedalaman di antara 90 dan 120 batu di bawah permukaan bumi.

 

  • Berlian adalah bahan semula jadi yang paling terkeras di bumi.

 

  • Berlian hanya dapat dicalarkan atau dirosakan dengan menggunakan berlian lain.

 

  • Sebelum abad ke-18, kebanyakan berlian ditemui di India.

 

  • Pada tahun 300 SM, berlian digunakan untuk mengukir batu permata di India.

 

  • Cullinan merupakan berlian kasar terbesar yang ditemui pada tahun 1905 dengan 3,106 karat (ct.).

 

  • Berlian mula ditemui di Amerika Selatan seawal tahun 1725.

 

  • Pada tahun 2014, Rusia menghasilkan paling banyak berlian mengikut jumlah dan nilai.

 

  • Berlian terdapat dalam setiap warna. Warna berlian biasanya berwarna kuning pucat hingga ‘colorless‘ atau tiada warna.

 

Kami di Ar-Rahnu Express menerima pelbagai jenis mutu emas dan semua jenis emas termasuk berlian sama ada bersijil mahupun tidak sebagai barang cagaran. Malah di bawah Koperasi Habib (M) Berhad, kami menawarkan harga yang kompetitif untuk membeli semula berlian anda. Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan kami yang berhampiran dengan anda atau hubungi kami sekarang.

 

Untuk mendapatkan corak rantai berlian atau cincin berlian terkini, kunjungi HABIB yang berdekatan anda sekarang atau layari laman sesawang mereka di sini.

 

Rujukan: The Gemological Institute of America. 2015. Diamond: Fun Facts.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top