Adakah Pingat Emas Olimpik Emas Asli?

Jika bercakap soal Olimpik pasti semua akan teruja melihat pingat emas yang akan diberikan kepada pemenang. Tapi, adakah kita pernah terfikir jika pingat emas olimpik itu adalah emas sebenar?

 

Sebelum kita ketahui jawapanya, mari kita lihat beberapa fakta menarik mengenai pingat Olimpik.

 

  1. Pingat emas hanya mula diberikan kepada pemenang Olimpik pada Sukan Musim Panas Olimpik St. Louis, Missouri pada tahun 1904
  2. Reka bentuk pingat yang dipilih untuk Olimpik pada tahun 1928 kekal selama 70 tahun sebelum direka semula pada tahun 2004.
  3. Reka bentuk pingat kebiasaanya akan mempunyai sedikit unsur kebudayaan daripada negara tuan rumah
  4. Reka bentuk pingat perlu mempunyai beberapa unsur penting mengikut piawai International Olympic Committee
  5. Antaranya, ukiran Nike, dewi yang berdiri di hadapan stadium dan simbol Olimpik yang terdiri daripada lima cincin.

 

Jadi, adakah pingat emas olimpik itu daripada emas tulen? Jawapannya ialah ya dan tidak!  Hah kenapa begitu? Ini kerana biarpun terdapat sedikit peratusan kandungan emas di dalam pingat tersebut namun ia tidaklah banyak.

Tahukah anda material utama pingat emas olimpik ialah daripada logam perak? Ya ini adalah benar. Pingat emas Olimpik diperbuat daripada logam perak sebanyak 92.5% dan disadur dengan sekurang-kurangnya 6 gram emas asli. Pingat emas Olimpik yang diperbuat 100% daripada emas diberikan kali terakhir pada sukan Olimpik tahun 1912.

 

Menariknya untuk Olimpik 2020, material pingat-pingat yang diberikan kepada para pemenang sukan Olimpik ialah barangan kitar semula elektrik yang disumbangkan penduduk Jepun.

 

Adakah pingat Olimpik ini berharga? Menurut laporan Berita Harian, harga bagi setiap pingat dianggarkan sekitar AS$800 (RM3,380), perak sekitar AS$450 (RM1,901) dan gangsa AS$5 (RM22).

 

Teruskan membaca blog kami di laman sesawang Ar-Rahnu Express untuk topik-topik yang menarik dan ikuti kami di laman Facebook, Instagram dan Telegram Ar-Rahnu Express untuk mendapatkan info-info terkini mengenai kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?