Sudah pasti ramai yang tahu maksud emas, tapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pusaka? Pusaka bermaksud barang sepeninggalan si mati seperti rumah, tanah, jam tangan malah barang kemas juga.
Umumnya, apabila berlakunya sesuatu kematian, terutama di Malaysia, telah menjadi amalan kaum Melayu untuk membahagikan emas sepeninggalan kepada anak-anak perempuan di dalam sesebuah keluarga. Tapi adakah adil jika begitu?
Jika telah dipersetujui oleh semua adik beradik lelaki yang lain, tiada masalah untuk menyerahkan kepada waris perempuan. Namun, jika ada salah seorang waris lelaki tidak bersetuju, maka perlulah dibahagikan secara adil mengikut syariat.
Jadi, sebelum membahagikan emas pusaka secara adil dan mengikut syariat, barang kemas ini perlu dinilai terlebih dahulu. Ini kerana setiap barang kemas mempunyai mutu emas dan berat yang berbeza-beza. Penilaian barangan kemas ini membolehkan setiap daripada waris mendapat pembahagian yang adil.
Anda boleh membawa barang-barang kemas ini untuk dinilai di mana-mana kedai emas atau Ar-Rahnu. Kami di Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan penilaian barangan kemas secara percuma. Lihat di sini.
Kemudian apa yang anda boleh lakukan dengan emas pusaka ini? Kebiasaanya perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyelesaikan segala hutang si mati ketika hidup. Oleh itu, antara kelebihan memiliki barang kemas pusaka adalah anda dapat memajak sementara barangan kemas ini untuk mendapatkan pembiayaan dengan cepat.
Jika anda memajak di Ar-Rahnu Express, tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah selama 6 bulan dan tempoh pembayaran balik pembiayaan adalah sangat fleksible. Boleh lihat lebih lanjut di sini.
Jika anda tidak ingin mempunyai sedikit komitmen, dan barang-barangan kemas pusaka itu pula terlalu lama dan tidak boleh dipakai lagi, anda boleh memilih untuk menjual kerana Ar-Rahnu Express di bawah Koperasi Habib (M) Berhad membuat pembelian semula emas lama.
Selain daripada dapat menyelesaikan hutang si mati, anda juga boleh menggunakan wang perolehan daripada jualan tersebut untuk membuat waqaf atau bersedekah di atas nama si mati agar pahala untuk si mati sentiasa berterusan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi cawangan kami yang berdekatan anda dan pegawai khidmat pelanggan kami bersedia untuk membantu anda. Ikuti kami di laman sesawang Facebook, Instagram dan Telegram untuk info-info terkini mengenai Ar-Rahnu Express.