Pajak Gadai Islam: Ar-Rahnu Express

Tahukah anda pajak gadai merupakan perkhidmatan untuk mendapatkan pembiayaan segera yang digunakan secara meluas di seluruh dunia? Pajak gadai bukan sesuatu perkhidmatan yang baru malah ia telah lama diguna pakai, termasuk di Malaysia juga.

 

Tahu tak pajak gadai merupakan merupakan perkhidmatan tradisi yang di bawa masuk daripada negeri China? Ya betul, perkhidmatan ini telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh masyarakat Cina yang berketurunan Hakka.

 

Kemunculan pajak gadai di Malaysia secara rasminya ialah pada 1871 di mana Pawnbrokers Ordinance 1871 yang telah dikuatkuasa di negeri-negeri Selat. Selari dengan perubahan zaman, pelbagai akta telah digubal dan ditambah baik di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai dan Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai untuk menyelaraskan pentadbiran pajak gadai dan sekaligus melindungi kepentingan pengguna.

 

Ekoran penggunaan perkhidmatan ini secara besar-besaran terutama daripada golongan Muslim, satu inisiatif telah diambil untuk melindungi masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsur riba dan ragu-ragu. Maka, pada tahun 1992, pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu telah diketengahkan untuk bersama-sama bersaing secara sihat dengan pajak gadai konvesional.

 

Kumpulan Habib (M) Sdn Bhd juga turut mengambil insiatif ini untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan pembiayaan segera dengan menubuhkan Ar-Rahnu Express yang pertama pada tahun 2010 di Ampang.

 

Oleh kerana sambutan yang baik daripada pelanggan kami, Ar-Rahnu Express kemudian membuka cawangan kedua di Pulau Pinang pada tahun 2011 dan diikuti dengan pembukaan tiga cawangan serentak di Kuantan, Sri Gombak, dan Sg Buloh pada 2012. Cawangan Mydin Mall USJ dibuka pada 2013 manakala PKNS Shah Alam dan Plaza Angsana masing-masing pada tahun 2016 dan 2018. Ar-Rahnu Express kini mempunyai 8 cawangan dan akan berkembang lebih lagi di seluruh Malaysia.

 

Kepakaran yang dimiliki oleh Kumpulan Habib dalam menilai berlian telah dikongsi bersama di Ar-Rahnu Express. Oleh itu, antara salah satu kelebihan di Ar-Rahnu Express ialah kami menerima berlian untuk dipajak atau dijual. Ar-Rahnu Express turut menerima pelbagai jenis mutu emas daripada emas mutu 375 sehingga ke emas bermutu 999. Semak lebih banyak jenis barangan kemas yang kami terima di sini.

 

Antara kelebihan yang ditawarkan di Ar-Rahnu Express ialah kami melaksanakan perkhidmatan yang berlandaskan syariah Islam. Tahukah anda, tiada penolakan susut nilai jika anda memajak atau menjual di Ar-Rahnu Express? Kami juga mengenakan upah simpan yang tetap dan amat rendah dan tiada upah-upah tersembunyi. Paling menarik, pembayaran balik pembiayaan dan upah simpan sangat fleksible sepanjang tempoh 6 bulan!

 

Jadi tunggu apa lagi, ayuh kunjungi cawangan kami yang berdekatan dengan anda sekarang. Ikuti juga perkembangan Ar-Rahnu Express dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?