Pengurus Cawangan
Ringkasan jawatan
Bertanggungjawab dalam menguruskan operasi harian cawangan termasuk pengurusan organisasi/kakitangan, khidmat pelanggan, pemasaran, kewangan dan latihan kakitangan bagi memastikan akauntabiliti di cawangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.
Tugas Jawatan:
- Bertanggungjawab untuk keseluruhan operasi cawangan melibatkan aspek prestasi jualan, pengurusan perbelanjaan, pematuhan terhadap sebarang bentuk operasi, prosedur dan polisi syarikat.
- Memeriksa dan memastikan cawangan melaksanakan urusan transaksi kewangan dengan betul dan melaporkan sebarang percanggahan yang berlaku kepada pihak pengurusan.
- Memantau dan memastikan pengurusan cawangan dalam keadaan yang sistematik, teratur dan tepat melibatkan laporan dan dokumentasi harian dan bulanan.
- Memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh cawangan mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Merancang dan memastikan kakitangan yang bertugas pada tahap optimum.
- Mengenalpasti sasaran dan pengkhususan (KPI) yang sesuai untuk kakitangan dan menyediakan pelan pemasaran dan jualan yang strategik bagi mencapai objektif syarikat.
- Memastikan kakitangan cawangan diberi taklimat mengenai sasaran jualan mereka dan memantau prestasi jualan mereka secara berterusan.
Kemahiran/Kebolehan yang diperlukan
- Mahir dalam penggunaan Microsoft Excel, Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint.
- Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik secara lisan, bertulis dan mendengar (Bahasa Malaysia & Inggeris).
- Berpengetahuan tinggi dalam berlian, emas, perak atau apa sahaja yang berkaitan dengan barang kemas perkhiasan.
- Berpengetahuan dalam industri pajak gadai Islam.
- Berpengalaman dalam menguruskan sesebuah organisasi/kakitangan, cekap dalam mentadbir operasi cawangan dan aktif dalam membuat perancangan yang strategik bagi aktiviti jualan.
- Boleh bekerja pada Hujung Minggu, Cuti Umum dan waktu Urusan Perniagaan.