Emas bukan sekadar perhiasan, ia juga merupakan aset bernilai yang mudah dicairkan apabila diperlukan. Ramai memilih untuk mendapatkan tunai segera melalui pajak emas, sama ada bagi memenuhi keperluan kewangan secara serta-merta atau sebagai penambah modal perniagaan.
Namun begitu, masih ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya maksud pajak emas, dan bagaimana prosesnya dijalankan di Ar-Rahnu Express?
Apa Itu Pajak Emas?
Pajak emas adalah cara mudah dan patuh syariah untuk mendapatkan tunai segera dengan mencagarkan emas kepada institusi Pajak Gadai Islam. Di Ar-Rahnu Express, emas anda akan disimpan dengan selamat sepanjang tempoh pembiayaan dan boleh ditebus semula selepas anda menjelaskan jumlah pembiayaan berserta upah simpan.
Berbeza dengan menjual emas, pajakan emas tidak menyebabkan anda kehilangan hak milik barangan kemas tersebut. Malah, ia merupakan penyelesaian sementara yang membantu anda mendapatkan kemudahan tunai, tanpa perlu melepaskan aset berharga anda.
Proses Pajak Emas di Ar-Rahnu Express
Proses pajak emas di Ar-Rahnu Express sangat mudah, cepat, dan telus. Anda hanya perlu membawa emas ke mana-mana cawangan kami untuk dinilai berdasarkan berat, ketulenan serta harga pasaran semasa.
Selepas penilaian dibuat, anda layak menerima sehingga 75% daripada nilai emas sebagai pembiayaan, dengan kadar upah simpan serendah 1% sebulan.
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga sembilan bulan, tertakluk kepada terma dan syarat, tertakluk kepada terma & syarat. Anda juga boleh menebus semula emas anda pada bila-bila masa selepas melunaskan jumlah pembiayaan berserta upah sumpan yang dikira mengikut tempoh pajakan sebenar.

Kelebihan Pajak Emas di Ar-Rahnu Express
Ar-Rahnu Express menawarkan proses pajakan yang cepat, mudah dan patuh Syariah. Penilaian dilakukan secara telus, manakala emas anda disimpan dengan jaminan keselamatan penuh.
Kami turut menerima semua jenis emas, termasuk emas bertatahkan batu permata, berlian mahupun emas yang rosak. Melalui pajak emas, anda mengekalkan hak milik barangan kemas anda sambil memperoleh tunai segera apabila diperlukan.
Sebagai kesimpulan, pajak emas di Ar-Rahnu Express adalah penyelesaian kewangan yang bijak, selamat dan fleksibel. Tidak kira mutu, warna atau keadaan emas anda, semuanya tetap mempunyai nilai dan boleh dijadikan sebagai cagaran.
Kunjungi cawangan Ar-Rahnu Express berhampiran anda hari ini, atau ikuti kami di Facebook, TikTok dan Instagram untuk mengetahui lebih banyak info menarik tentang emas dan pembiayaan patuh Syariah
