Emas Selain Warna Kuning Bernilai?

Secara amnya, emas amat dikenali berwarna kuning atau ‘keemasan’. Emas atau ‘gold’ berasal daripada perkataan ‘aurum’ yang bermaksud shining dawn dalam bahasa Inggeris atau keemas-emasan dalam bahasa Melayu. Oleh kerana itu, emas amat sinonim dengan warna kuning. Walau bagaimanapun, peralihan teknologi yang sangat pantas, emas kini didatangkan dalam pelbagai warna yang menepati citarasa masyarakat dan penggemar barangan kemas.

 

3 Teknik Penukaran Warna Emas

Jom baca serba sedikit apa yang menyebabkan barang kemas emas kuning boleh bertukar ke warna yang lain, seperti emas ros atau emas putih.

 

  1. Campuran Aloi 

Emas secara semulajadinya bersifat lembut dan campuran aloi membolehkan struktur barang kemas menjadi lebih kuat dan boleh dibentuk kepada rekaan-rekaan yang tertentu. Aloi seperti perak, platinum, tembaga (copper) dan aluminium akan ditambah supaya warna-warna seperti emas putih dan emas ros dapat dihasilkan. Warna-warna emas ini tidak akan kembali kepada warna kekuningan walaupun sudah dipakai untuk tempoh yang lama. 

 

  1. Teknik Elektroplating 

Teknik elektroplating secara mudah dikenali sebagai teknik penyaduran. Teknik ini dilakukan dengan menambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik.  Warna emas yang terhasil daripada teknik kebiasaanya sangat terhad. Antara emas yang terhasil daripada teknik ini ialah emas putih dan emas ros.

 

  1. Melalui kemasan (finishing) yang dinamakan Cataphoresis Lacquer

Kemasan ini turut dikenali sebagai saduran elektro atau saduran elektrik yang kebiasaannya digunakan untuk memberikan bahagian yang disadur mempunyai tahap rintangan hakisan yang tinggi tanpa mengubah berat sesuatu barang kemas tersebut. Teknik ini bukan sahaja boleh menghasilkan warna-warna biasa seperti putih dan merah jambu malah warna-warna lain seperti hijau, biru, ungu dan lain-lain. 

 

Tiga teknik di atas merupakan teknik yang biasanya digunakan untuk mengubah warna barang kemas yang berwarna kuning kepada warna-warna lain. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika barang kemas anda berwarna selain daripada kuning. Ini kerana, barang kemas anda bernilai dan mempunyai harga untuk ditukarkan kepada tunai. Emas ini juga boleh di simpan kerana tidak kira warna apa emas anda ia tetap pelaburan yang dapat membawa pulangan untuk masa hadapan. 

 

Emas Selain Warna Kuning Bernilai?

Namun begitu, adakah emas yang berwarna selain daripada warna kuning atau keemasan ini mempunyai nilai? Adakah barang kemas ini mudah untuk ditukarkan kepada tunai di masa hadapan? Jawapannya ialah ya. Tidak kira emas anda berwarna kuning, berkrom dengan warna putih atau emas merah jambu atau emas ros (rose gold), barang kemas anda tetap bernilai dan boleh ditunaikan.

 

Tunaikan Emas di Ar-Rahnu Express

Di mana anda boleh tunaikan emas anda? Mestilah di Ar-Rahnu Express. Jika anda memerlukan pembiayaan mudah, Ar-Rahnu Express menawarkan margin pembiayaan sehingga 75% dengan kadar upah simpan serendah 1% sahaja dengan semua jenis emas sebagai cagaran. Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 9 bulan* (tertakluk terma dan syarat). 

 

Cawangan Ar-Rahnu Express USJ

Jika anda ingin mengurangkan komitmen, Ar-Rahnu Express di bawah Koperasi Habib (M) Bhd bersedia untuk membeli emas lama anda dengan harga yang sangat kompetitif di pasaran. Menerusi jualan barang kemas lama anda, anda akan memperolehi 100% daripada hasil jualan tanpa ada komitmen yang berpanjangan. 

 

Di Ar-Rahnu Express, kami menerima semua jenis mutu emas daripada 999 sehingga 375 dan semua jenis emas termasuk emas berbatu, bertatahkan berlian atau emas patah dan rosak untuk dicagar atau dijual. 

 

Emas tidak kira berwarna apa tetap bernilai dan sangat mudah untuk ditunaikan di mana-mana cawangan Ar-Rahnu Express. Mudah bukan untuk tunaikan emas. Pajak atau jual barang kemas, yang mana satu pilihan anda untuk tunaikan emas? 

 

Ikuti media sosial Ar-Rahnu Express di Facebook, TikTok dan Instagram untuk info-info menarik mengenai emas dan pajak gadai. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?