Emas Aset Pelaburan Sepanjang Zaman

Emas merupakan salah satu logam yang berharga di dunia. Sejak dulu lagi, permintaan terhadap emas adalah sangat tinggi. Jika dahulu permintaan tinggi emas adalah untuk kegunaan perhiasan, namun kini masyarakat bijak untuk membeli emas sebagai pelaburan. 

 

Rata-rata kini telah tahu mengenai keistimewaan logam berharga ini yang mempunyai kelebihan untuk jangka masa panjang. Melabur dalam pasaran emas terutama dalam pembelian emas fizikal seperti jongkong emas dan emas perhiasan adalah lebih baik daripada menyimpan duit sahaja. 

 

Berikut adalah kelebihan melabur dalam pasaran emas,samada emas perhiasan mahupun emas pelaburan: 

 

  1. Emas aset kalis inflasi 

Tahukah anda emas merupakan salah satu aset kalis inflasi. Oleh kerana itu, pelaburan dalam emas sering dijadikan sebagai ‘safe haven’ kepada para pelaburan sebagai pelindung kepada ketidaktentuan pasaran ekonomi. 

 

  1. Emas aset universal 

Jika anda memiliki emas, ia boleh dicairkan atau dalam kata mudah, dijual di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ini sangat berbeza dengan wang kerana setiap negara mempunyai nilai mata wang yang berlainan.

 

  1. Emas mudah dimiliki

Emas merupakan aset yang paling mudah untuk dimiliki semua. Biarpun harganya sering turun dan naik, namun ia amat mudah untuk seseorang membeli emas walaupun hanya 1gram.  

 

Emas mudah dimiliki
  1. Emas aset simpanan stabil 

Jika dilihat perbezaan harga emas 10 tahun lalu dan kini, harga emas kini lebih meningkat berbanding tahun lalu. Biarpun ada turun naik harga emas, ini tetap menunjukkan bahawa emas merupakan aset simpanan yang stabil dan mampu untuk memberikan pulangan pada tempoh jangka panjang.

 

Jika pada tahun 2010 harga emas untuk 1gm adalah sebanyak RM 200, harga emas pada tahun ini 2022 telah hampir mencecah RM 300. Berbeza dengan wang ringgit di mana jika pada tahun 2010 harga sebungkus nasi lemak berharga RM 1 tetapi kini pada tahun 2022, harga nasi lemak telah meningkat dari RM1.50 sehingga boleh mencecah RM 3 untuk nasi lemak biasa. 

 

Contoh ini sahaja telah menunjukkan bahawa jika dibandingkan dengan wang, emas merupakan aset simpanan stabil yang dapat memberikan pulangan untuk jangka masa panjang. 

 

Emas aset simpanan stabil
  1. Emas mudah dicairkan

Emas tergolong dalam aset yang mempunyai kecairan yang sangat tinggi, jika dibandingkan dengan aset-aset pelaburan yang lain. Emas sangat mudah untuk ditukarkan  kepada tunai berbanding dengan aset yang lain seperti rumah dan tanah yang mengambil masa yang lama untuk dijual. Oleh itu, ia merupakan aset yang sesuai digunakan di kala waktu kecemasan. 

 

Emas & Ar-Rahnu Express

Ar-Rahnu Express merupakan sebuah platform patuh syariah yang membantu anda mencairkan emas anda kepada tunai dengan segera. Jika anda memerlukan wang segera pada waktu kecemasan anda hanya perlu ke Ar-Rahnu Express dan pegawai khidmat pelanggan kami bersedia untuk membantu anda. 

 

Ar-Rahnu Express mempunyai 8 cawangan di seluruh Malaysia. Di Ar-Rahnu Express, semua jenis mutu emas simpanan anda baik daripada emas 999 sehingga emas 375 diterima untuk ditukarkan kepada tunai. Ar-Rahnu Express memberikan pembiayaan sehingga 75% dan upah simpan serendah 1%. 

 

Cawangan Ar-Rahnu Express Mydin Mall USJ

Anda ingin lihat pulangan yang anda boleh perolehi dengan emas simpanan anda sejak 10 tahun lepas? Kunjungi cawangan Ar-Rahnu Express yang berhampiran dan nikmati penilaian emas secara percuma. 

 

Ikuti media sosial Ar-Rahnu Express di Facebook dan Instagram untuk info-info terkini yang menarik mengenai emas. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?